Perbandingan Harga: Membeli-belah di Amazon dan eBay

Amazon AS dan eBay AS ialah dua platform e-dagang yang popular dalam kalangan ahli kami dan ianya atas alasan yang sangat baik! Ia adalah tempat yang mudah untuk mencari semua jenis produk dan jenama, sama ada ia adalah keluaran baru atau jualan murah. TETAPI, korang tahu tak Amazon AS dan eBay AS mempunyai laman web tempatan lain yang mengandungi jenama dan item yang berbeza? Harga pun lain tahu!

Selain Amazon AS, konglomerat ini juga telah mendedikasikan platform untuk UK, Jepun, Australia dan Itali. Belilah dari Amazon di mana-mana negara tersebut dan korang juga boleh menikmati penghantaran PERCUMA ke alamat gudang luar negeri Buyandship! Best bukan?

Ia merupakan rutin yang baik untuk sentiasa membandingkan harga di antara laman web setempat ini untuk mencari tawaran yang lebih baik. Korang disyorkan untuk menukar harga ke mata wang sendiri dan mulakan membuat perbandingan.

 

Tip Pro: Kadang kala Amazon akan mempunyai produk yang ditawarkan di negara tertentu, sementara yang lain mungkin tidak mempunyai diskaun untuk item tersebut. Jadilah pengguna yang bijak dengan melakukan penyemakan dan perbandingan harga di Amazon daripada seluruh negara!

Sama seperti Amazon, eBay juga menawarkan laman web khusus negara lain seperti di AS, UK dan Australia. Setiap negara akan mempunyai Tawaran dan Kempen Hariannya sendiri, jadi pastikan korang peka dengan apa yang mungkin dijual dengan harga murah sebelum membuat sebarang keputusan untuk pembelian korang.

Harus diingati juga yang setiap platform eBay juga akan menjadi tuan rumah kepada penjual yang berbeza. Kebanyakannya berpusat di negara di mana korang belanja. Kebiasaannya penjual akan menyediakan PENGHANTARAN PERCUMA ke alamat tempatan. Gunakan peluang keemasan ini dengan menggunakan alamat gudang Buyandship yang terdekat.