Tips Beli-belah Buyandship: Alternatif Membeli-belah untuk Jenama Mewah AS

Pernah tak korang singgah ke kedai jenama mewah, hanya untuk keluar beberapa minit kemudian? Tidak dapat dinafikan lagi bahawa harga pasaran bagi jenama alat solek mewah di Malaysia agak mahal. Walaupun jenama-jenama tersebut dianggap sebagai pasaran mewah di Amerika Syarikat, harga yang ditawarkan oleh mereka adalah lebih mampu milik berbanding daripada membelinya di negara kita. Kami sering sekali menggalakkan korang membuat perbandingan harga barang apabila sedang membeli belah di kedai-kedai tempatan tidak kiralah kedai fizikal atau online.

Membeli-belah di AS secara umumnya boleh memberi korang peluang untuk mengakses pelbagai aneka jenama mewah di sana. Tetapi kebanyakan negara-negara AS mengenakan cukai jualan. Ia juga dicaj untuk membeli-belah secara online di AS. Nasib baiklah ada perkhidmatan Buyandship kerana Gudang AS kami terletak di Portland, Oregon, yang juga merupakan daerah bebas cukai di Amerika Syarikat!

Penggunaan alamat ini juga sangat membantu kerana kebanyakan laman membeli-belah AS menawarkan penghantaran domestik percuma dengan pesanan minimum. Korang hanya perlu membayar untuk perkhidmatan penghantaran kami yang berpatutan untuk membawa barangan korang dari AS ke pintu rumah korang **!

Eh tunggu sekejap! Namun begitu, ada beberapa contoh laman web rasmi yang tidak menghantar kepada syarikat penghantaran pihak ketiga seperti Buyandship. Jenama yang lebih terkenal termasuklah Coach and Fossil ialah di antara dua jenama terkemuka AS dalam kalangan ahli kami. Dalam sesetengah kes, laman web AS tidak boleh diakses oleh pembeli yang berada di Malaysia, seperti Tory Burch! 😱

Jadi di mana korang boleh membeli-belah daripada jenama-jenama ini, kalau bukan di laman web rasmi mereka? Ha, jangan risau! Berikut adalah beberapa laman web yang korang boleh gunakan untuk mencari barangan berjenama mewah di AS.

Pilihan utama kami ialah 6pm.com – laman web fesyen yang wajib diketahui oleh semua penggemar fesyen! Laman ini adalah gedung kepada lebih daripada 1,300 jenama dan korang semua sudah tentunya boleh mencari jenama seperti Coach, Kate Spade, Tory Burch, Cole Haan dan Fossil ! Paling syok sekali, korang juga boleh mencari pakaian, kasut, aksesori dan banyak lagi di laman web ini dengan diskaun yang tinggi – kadang-kadang tawaran jualan boleh mencapai 90% daripada harga asal! 😮

P/s: Mungkin rangkaian produk mereka bukan yang paling terkini dan paling hebat, TETAPI siapa je yang tak tewas bila dengar ada jualan murah besar-besaran, betul tak? 😎 

Lagi satu alternatif untuk ber-shopping jenama-jenama tersebut ialah Jomashop, satu kedai online yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka yang mencari hal-hal yang lebih baik dalam kehidupan. Kedai ini cukup terkenal dengan koleksi jam tangannya yang berbagai-bagai, tetapi ia juga menawarkan produk mewah yang lain juga. Sama seperti 6pm, korang akan jumpa pelbagai jenama mewah yang popular dari Amerika Syarikat di Jomashop untuk harga yang lebih murah!

Jomashop juga menawarkan jualan kilat, di mana seleksi jualan juga akan berubah berdasarkan tema acara. Maksudnya, siapa cepat, dia yang dapat! Stok barangan tersebut akan ada buat masa yang terhad sahaja.

** Penghantaran yang melebihi nilai RM500 akan dikenakan cukai dan caj duti oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Mana-mana cukai dan caj duti akan ditanggung sepenuhnya oleh pembeli; Rakan kongsi kurier Buyandship akan berhubung dengan korang jika terdapat sebarang pembayaran yang perlu dilakukan dan akan membantu korang untuk membuat pembayaran.