Panduan Membeli-belah: Rutin Penjagaan Kulit AM/PM

Rutin penjagaan kulit ialah satu perkara yang setiap orang harus ada, sama ada korang lelaki atau perempuan. Sekiranya korang kaki skincare, korang pasti tahu bahawa mencari rutin penjagaan kulit yang sesuai boleh menjadi mimpi yang ngeri, khususnya dengan bilangan percubaan dan kesilapan yang mungkin perlu korang lalui. Ia juga sangat penting untuk memahami jenis kulit dan keperluan kulit korang untuk mengekalkannya kelihatan berseri-seri!

Walaupun ia mungkin lebih konvenien untuk menggunakan produk yang sama daripada jenama yang sama untuk rutin AM dan PM korang, kadang-kadang lebih baik kalau korang mempunyai rutin yang berasingan. “Dan kenapa pula ye?” bisik hati korang tertanya-tanya.

Kalau korang berfikir dengan teliti, rutin AM bertujuan untuk prepkan kulit korang kulit untuk menghadapi  pelbagai kotoran dan habuk yang tidak berkesudahan dan sudah semestinya, cahaya matahari! Korang boleh bayangkan tak jumlah kekotoran yang akan korang kumpulkan pada kulit korang petang nanti? Rutin PM korang pula memberi tumpuan kepada pembaikan dan pemulihan kulit yang maksimum. Menggunakan produk yang tepat untuk kulit sebelum tidur akan membantu melambatkan proses penuaan kulit dan menyembuhkannya dengan lebih cepat!

Kedua-dua rutin AM dan PM bekerjasama untuk mendapatkan manfaat maksimum daripada produk yang korang laburkan duit korang tu! Biarkan Buyandship membimbing korang ke arah kulit yang berseri-seri dan sihat!

lightbulb-03Pastikan korang menggunakan alamat gudang luar negara Buyandship yang terdekat untuk mengakses caj penghantaran antarabangsa yang mampu dimiliki. Dari sana, korang boleh menghantar pembelian penjagaan kulit korang ke pintu rumah korang melalui perkhidmatan penghantaran kami, sebanyak RM18 setiap pound! Daftarlah sekarang.


Rutin AM 5-Langkah

Langkah 1️⃣ Facial Cleanser: Glossier’s Milky Jelly Cleanser 🔽

Mulakan pagi korang dengan pembersih lembut pada waktu pagi kerana kulit korang telah bersentuhan dengan bahan pencemar dan kekotoran semasa sedang tidur. Pembersih Milky Jelly Glossier ialah segala-galanya yang perlu ada pada pembersih muka – lembut tetapi sangat berkesan. Produk ini ialah pembersih muka harian pH-seimbang dengan lima conditoner kulit yang tidak akan menjadikan kulit korang teriritasi atau berasa ketat!

Langkah 2️⃣ Toner: Caudalie Moisturising Toner 🔽

Langkah seterusnya ialah, sudah tentu, menggunakan toner! Toner melembapkan dan menyiapkan kulit korang untuk produk penjagaan kulit yang seterusnya. Moisturising Toner dari Caudalie diperkayakan dengan Vinolevure untuk melembapkan dan melembutkan kulit sambil menghilangkan kekotoran, sambil mengekalkan paras pH semulajadi kulit korang!

Langkah 3️⃣ Serum: Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop 🔽

Direka dan dirumus khas dengan bahan-bahan semulajadi yang berkesan dan selamat, Freshly Juiced Vitamin Drop meremajakan kulit korang dengan ekstrak Vitamin C! Sama ada korang sedang mencari sesuatu untuk mencerahkan kulit atau mengurangkan tanda-tanda kerosakan matahari, vitamin C harus menjadi ramuan pilihan korang! Serum ini juga mempunyai Centella Asiatica yang agak popular di industri K-beauty kerana manfaat kelembapannya.

Langkah 4️⃣ Moisturiser: Laneige Water Bank Moisture Cream 🔽

Melembapkan kulit korang ialah langkah yang sangat penting dalam rutin harian korang kerana ia membantu untuk mengunci manfaat toner dan serum korang. Item K-beauty ini ialah krim pelembab yang kaya dan diformulasikan dengan ekstrak sayur-sayuran, kaya dengan mineral untuk membantu menguatkan penghalang kelembapan kulit agar kulit sentiasa terhidrat dan seimbang. Barang yang wajib ada untuk rak kecantikan korang!

Langkah 5️⃣ Sunscreen: La Roche Posay Anthelios Sunscreen 🔽

Langkah terakhir dalam rutin AM korang WAJIBLAH ada sunscreen! Sangatlah penting untuk melindungi kulit korang dari sinaran UVB yang berbahaya. La Roche-Posay Anthelios ialah pelindung matahari UVA/UVB yang direka untuk kulit yang normal, gabungan dan sensitif jika terdedah kepada matahari.


Rutin PM 6-Langkah

Langkah 1️⃣ Cleansing Balm: Banila Co Clean it Zero 🔽

Bersihkan wajah korang dengan Banila Co untuk solekan dan kotoran sifar! Ia mencairkan solekan korang yang degil tanpa mengeringkan kulit. Ia juga boleh mengelupas dan mencerahkan kulit secara semula jadi dengan ekstrak acerola yang kaya vitamin C.

Langkah 2️⃣ Cleanser: Tatcha The Deep Cleanse Exfoliating Cleanser 🔽

Tatcha Deep Cleanse Exfoliating Cleanser mengandungi ekstrak buah semula jadi yang mengangkat semua kekotoran, sel-sel kulit mati dan liang-liang secara menyeluruh dan menjadikan kulit lembut dan lembap. Ia adalah formula bebas minyak, tidak sensitif dan diuji para dermatologi.

Langkah 3️⃣ Toner: Ole Henrickson Glow 2OH Dark Spot Toner 🔽

Glow 2OH Dark Spot Toner by Ole Henrickson akan membuatkan kulit korang kelihatan berseri-seri secara semulajadi! Toner mencerahkan kulit, yang mengandungi kepekatan tinggi AHA dan air witch hazel akan mengurangkan bintik gelap dalam hanya 7 hari. Ia juga menargetkan garis-garis halus dan kedut agar korang sentiasa kelihatan muda!

Langkah 4️⃣ Serum: Farmacy Beauty Honeymoon Glow 🔽

Serum malam 3-dalam-1 melembapkan dan mengurangkan kesan kulit kusam agar kelihatan sihat berseri-seri dan bermaya! Ia mengandungi madu yang melembapkan dan diformulasikan dengan campuran asid bunga AHA/BHA lembut yang sesuai digunakan untuk semua jenis kulit terutamanya yang berminyak dan senang berjerawat. Let it glow, let it glow~!

Langkah 5️⃣ Moisturiser: Fresh Lotus Anti-Aging Night Moisturiser 🔽

Kini korang juga boleh menjadi seperti sleeping beauty! Krim pelembap ketika tidur yang diperkaya dengan antioksidan ini mempunyai pelbagai manfaat yang dapat membantu korang melawan tanda-tanda penuaan! Ia juga menguatkan penghalang kulit sambil meminimumkan kekusaman dan dehidrasi.

Langkah 6️⃣ Lip Mask: Laneige Lip Sleeping Mask 🔽

Satu mask bibir yang mempunyai tekstur lembut dan lekat pada bibir untuk penyerapan cepat, Laneige Lip Sleeping Mask kaya dengan Vitamin C dan antioksidan dari gabungan berry! Ia melegakan dan melembapkan untuk bibir yang lebih licin, lebih lembut dan membantu untuk mengurangkan kerapuhan supaya korang boleh bangun dengan bibir yang segar dan lembut pada sentuhan pertama!


Set Penjagaan Kulit Pilihan Terbaik Buyandship

Set penjagaan kulit seperti kit permulaan, kit perjalanan atau kit percubaan adalah pilihan yang sangat baik untuk pelbagai sebab. Sama ada korang ingin melancong ke luar negara atau hanya ingin mencuba pelbagai penjagaan kulit yang baru, ini adalah peluang yang baik untuk mencuba pelbagai produk sekaligus.

Selain itu, set penjagaan kulit juga hebat jika korang mempunyai bajet yang kecil atau merancang untuk membeli hadiah untuk seseorang! Pastikan korang tidak melepaskan peluang ini untuk melihat apa yang telah dipilih oleh Buyandship untuk korang! Terdapat beberapa jenama yang menawarkan set hadiah penjagaan kulit yang sangat baik. Korang akan berterima kasih nanti!  😉

Sephora Favourites Beauty Unmasked Skincare Set

Semua orang suka satu set mask yang sempurna dan mudah dipakai! Set Sephora favourite Beauty Unmasked Skincare ini mengandungi pelbagai mask kecantikan dan jenama dalam satu kit, termasuk dari Dr.Jart +, Fresh, Laneige, Peter Thomas Roth dan banyak lagi!


Glossier’s The Skincare Edit

Ini cara yang hebat untuk memulakan pengalaman Glossier korang dengan kit penjagaan kulit yang mesra-travel  ini! Set ini dilengkapi dengan versi mini bestsellers mereka, termasuk Milky Jelly Cleanser, Super Bounce serum, Priming Moisturizer Rich, Balm Dotcom bibir + skin salve dalam Original and Rose, glow-enhancing hybrid serum minyak Futuredew dalam bungkusan boleh dikitar semula dengan headband logo edisi terhad berwarna merah jambu.


Laneige Hydration-To-Go! Normal to Dry Skin

Melancong boleh meletihkan dan membuatkan kulit korang kusam dan tidak bermaya! Rebutlah kit ini yang penuh dengan Water Bank Hydro Essence, Water Bank Moisture Cream, Water Sleeping Mask and Lip Sleeping Mask! Prep kulit korang untuk hari berikutnya agar berasa lembap dan berseri-seri untuk destinasi pelancongan seterusnya!


icon_alert PEMBERITAHUAN: Buyandship mempunyai had penghantaran untuk produk cecair/krim. Jumlah setiap produk cecair/krim tidak boleh melebihi 100ml. Baca lebih lanjut tentang sekatan dan batasan kami di sini. icon_alert