Status Terkini Gudang UK


Memandangkan bangunan di mana gudang UK kami telah disahkan mempunyai satu kes positif COVID-19, semua kakitangan gudang UK kami akan bermula proses kuarantin pengasingan diri selama 14 hari. Gudang UK kami akan masih menerima bungkusan dan mendaftar masuk sehingga 31hb Mac. Tarikh terakhir penghantaran bungkusan keluar dari gudang UK kami adalah pada 31 Mac.

Bermula dari Rabu, 1hb April, gudang UK akan ditutup selama 14 hari. Ini bermaksud operasi harian akan digantung, termasuk penerimaan bungkusan, pendaftaran masuk dan penghantaran bungkusan dari gudang UK. Sila berhenti menggunakan gudang UK untuk masa ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pesanan dari laman web UK baru-baru ini, kami menasihati anda untuk membatalkan pesanan, atau hubungi penjual atau kurier penghantaran yang digunakan oleh penjuak anda untuk menangguhkan tarikh penghantaran.

Sebagai langkah untuk melindungi pengguna kami dari potensi kerugian berkenaan dengan penggantungan penerimaan bungkusan, bungkusan yang dihantar oleh Royal Mail akan ditandatangani, diterima dan disimpan oleh reception bangunan semasa tempoh penggantungan tersebut. Ini adalah selepas pertimbangan dimana kebanyakan bungkusan yang dihantar oleh Royal Mail tidak dilampirkan dengan alamat kembali kepada penjual.

Semua bungkusan yang dihantar oleh mana-mana kurier lain, kecuali Royal Mail, akan ditolak mulai Rabu (1 hb April) ini. Sila hubungi penjual anda untuk penangguhan atau pembatalan pesanan, bayaran balik atau apa-apa pilihan alternatif lain. Sebagai peringatan, sila pastikan anda memasukkan ID Ahli anda dalam lajur nama penerima atau alamat penghantaran, terutama untuk petak Royal Mail yang tidak mempunyai nombor penjejakan.

Buat masa ini, alamat gudang UK telah disembunyikan dari Pusat Ahli. Sila berhenti menggunakan perkhidmatan penghantaran ke gudang UK kami semasa tempoh penutupan. Buyandship akan menilai keadaan dari masa ke semasa, dan memulakan semula perkhidmatan gudang UK kami apabila sesuai. Pengumuman akan dibuat pada Berita Terkini dan halaman Facebook rasmi kami.

Terima kasih atas pemahaman anda dalam masa yang sukar ini dan kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul. Kami berharap semua orang akan selamat, dan sihat.