Office Wear Must Have

Sudah perkara biasa bila kita sering memikirkan apa lagi padanan baju office yang sesuai nak dipakai untuk keesokan harinya di tempat kerja. Kita juga sering membeli office wear tetapi rasa macam kalau dah pakai sekali dua kali, mungkin orang akan perasan. Jadi kita beli beli dan beli lagi untuk tak nampak ketara sangat yang kita memakainya berulang kali.

Tidak perlu runsing lagi, anda hanya perlu memiliki beberapa helai office wear yang boleh dipakai berulang kali tanpa begitu ketara. Bukan sahaja ia penting untuk menjimat kos perbelanjaan anda tetapi juga anda tidak perlu lagi menggunakan masa dan ruang letak baju yang banyak, kerana tips tips ini akan menyelamatkan anda dari semua itu.

Antara kekunci pakaian office wear adalah Black Dress. Black Dress bukan sahaja sesuai diragakan untuk semua acara dan tujuan, tetapi ia juga selesa dipakai. Peragaannya senang sahaja, tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memikirkan padanan yang sesuai untuk peragaan kerana ia sesuai dengan apa sahaja. Amazing Factor lagi adalah anda boleh meragakannya berulang kali tanpa kelihatan begitu ketara. Remember love, you can never go wrong with a Black Dress #Must Know Rule.

Selain dari itu, Baik lelaki mahupun wanita perlu ada seluar kerja yang bukan sahaja sesuai untuk diragakan di pejabat tetapi juga mengutamakan keselesaan yang berpanjangan. Tak boleh brain stress dia kalau kita berpenat mental semasa waktu kerja, and on top of that fizikal kita juga tak selesa sebab seluar ketat dan tak mempunyai ‘stretch’. Jadi, anda perlu la memiliki seluar yang sesuai untuk mengurangkan beban anda di tempat kerja.

Oversized Blazer juga amat penting untuk peragaan office kerana ia adalah salah satu peragaan yang dikira ‘evergreen’, yang itu bermaksud sentiasa sesuai untuk diragakan. Oversized Blazer bukan sahaja evergreen tetapi juga sesuai untuk cuaca di Malaysia yang panas. Cirinya yang Oversized membenarkan pengedaran udara yang selesa untuk tubuh badan kita. Last but not least, Pastikan anda memiliki kasut kerja yang sesuai untuk diragakan setiap hari tanpa memikirkan komplikasi padanan office wear anda. Untuk pagi-pagi yang lebih nyaman, miliki kasut bewarna hitam yang senang dipadankan dengan apa sahaja outfit anda.

Tanpa berdalih lagi, mulakan pengalaman kerja 2018 yang selesa dan kurang bebanan. Mulakan dengan pakaian anda. Kami di BuyandShip mendukung visi anda itu dengan memberi anda peluang untuk membeli-belah dari luar negara dengan caj penghantaran serendah RM10/lb!

Aldo Carmain Oxford