Sale Alert: Cole Haan

Cole Haan adalah jenama yang ditubuhkan 90 tahun yang lalu dan sentiasa menjamin kualiti barangan yang terbaik dan selesa untuk pemakai. Pengasas Cole Haan, Trafton Cole dan Eddie Haan sentiasa memastikan visi mereka yang selesa, berkualiti dan simple untuk pemakai dan inilah yang membawa mereka sejauh 90 tahun dan dekad-dekad yang akan datang.

Setiap tahun kita menanti tawaran-tawaran hebat untuk membeli kerana walaupun harga sudah jauh lebih kurang tetapi kualiti yang tetap menjadi kepastian. Team BuyandShip Malaysia bertukus-lumus mencari tawaran-tawaran hebat di pasaran dan juga harga yang jauh lebih ideal untuk akaun bank anda.

Cole Haan kini mengadakan tawaran harga sempena 4 Julai, iaitu hari penghargaan buat titik tarikh kemerdekaan Amerika Syarikat. Sempena hari yang berbahagia ini, banyak jenama-jenama terutamanya dari Amerika Syarikat menunjuk penghormatan dan penghargaan dengan memberi tawaran-tawaran menarik. Anda jangan ketinggalan, hanya perlu daftar bersama BuyandShip Malaysia untuk menikmati tawaran ini dan gunakan alamat gudang US kami semasa ‘checkout’.