MORPHE x LAURA LEE’S FAVORITE BRUSH COLLECTION

Laura Ann Lee atau lebih mesra dikenali sebagai Laura Lee sudah berjaya menambat hati jutaan peminat seluruh dunia apabila dia mula berjinak dalam dunia internet. Laura Lee memulakan pengembaraannya ini dengan memuat naik pelbagai video dan gambar MOTD dia. Terbukti pengaruhnya yang amat kuat apabila dia mula mendapat perhatian orang ramai di sosial media dan juga Youtube. Kemudiannya, Laura Lee mengambil langkah kehadapan dengan membuat kolaborasi dengan pelbagai jenama-jenama kosmetik yang dikenali ramai.

Sukacita dimaklumkan, Morphe USA telah membuat kolaborasi bersama Laura Lee untuk koleksi alat solek. Koleksi ini direka secara terperinci mengikut titik kepercayaan Laura Lee dalam membentuk set yang lengkap untuk anda di luar sana. Dengan kolaborasi ini, anda akan diberi kepastian dalam segi kualiti dan kegunaan alat solek yang sempurna untuk MOTD anda.

Dapatkan Morphe x Laura Lee’s Favorite Brush Collection ini dengan harga tawaran dari Morphe serendah USD $54.00 dari USD $81.00. Gunakan khidmat penghantaran antarabangsa BuyandShip. Anda hanya perlu mendaftar dan isi alamat gudang BuyandShip di Amerika Syarikat. Caj penghantaran ialah RM10/lb, tanpa apa-apa caj tersembunyi.