Ralph Lauren Home x USA Independence Day

Ralph Lauren yang dikenali ramai adalah antara jenama berkualiti yang menjadi kegilaan ramai seluruh dunia. Jenama Ralph lauren juga telah menyebarkan sayapnya ke persada dunia dengan koleksi-koleksi interior mengikut trend dan citarasa semasa dengan mendambakan imej elegan, simple dan juga mewah.

Setiap tahun kita menanti tawaran-tawaran hebat untuk membeli kerana walaupun harga sudah jauh lebih kurang tetapi kualiti yang tetap menjadi kepastian. Team BuyandShip Malaysia bertukus-lumus mencari tawaran-tawaran hebat di pasaran dan juga harga yang jauh lebih ideal untuk akaun bank anda.

Ralph Lauren USA kini bukan sahaja mengeluarkan rekaan berinspirasikan Independence Day ataupun juga dikenali dengan 4th of July tetapi juga mengadakan tawaran harga. Sempena hari yang berbahagia buat rakyat Amerika Syarikat, banyak jenama-jenama terutamanya dari Amerika Syarikat menunjuk penghormatan dan penghargaan dengan memberi tawaran-tawaran menarik. Anda jangan ketinggalan, hanya perlu dafar bersama BuyandShip Malaysia untuk menikmati tawaran ini dan gunakan alamat gudang antarabangsa kami semasa ‘checkout’.