Gigi Hadid x Vogue Eyewear


Kolaborasi antara jenama dan influencer telah mencetus fenomena terunggul dunia apabila dua kombinasi berpengaruh dari jenama dan juga influencer itu menjadikan koleksi rekaan mendapat lebih perhatian.

Buat kali ini, Gigi Hadid berganding bahu bersama Vogue Eyewear untuk rekaan-rekaan yang verstail dan mencirikan persona Gigi Hadid secara eksklusif. Rekaan Vogue Eyewear bertitik tumpu kepada inspirasi Boho-Glam dan juga Retro. Dapatkan koleksi ini dari Vogue Eyewear dengan caj penghantaran antarabangsa serendah RM10 untuk setiap paun berat.