Masa Simpanan Dikurangkan Pada Bulan November dan Disember

Untuk menampung musim sale dan musim cuti hujung tahun, dan memastikan hantaran akan tiba ke ahli-ahli kami lebih effisyen dan cepat, kita akan mengemas kini jumlah hari simpanan bermula 12 Nov. Hantaran hanya boleh disimpan secara percuma untuk 14 hari. Selepas 14 hari, bayaran penyimpanan RM 5 sehari akan dicaj dan kami berhak untuk membuang bungkusan itu selepas 30 hari, tanpa sebarang notis. Sila memastikan bungkusan disatukan sebelum tarikh akhir pelupusan. Masa penyimpanan dipendekkan sehingga 31 Disember, 2018.