Sale Thanksgiving / Black Friday / Cyber Monday

Seperti tidak percaya, tup tap tup tap dah penghujung tahun! Bulan November ini bulan yang penuh dengan kegembiraan buat kita kerana poket kita tidak (berapa) koyak dengan mega-mega sale terhebat tahunan seperti Thanksgiving, Black Friday dan Cyber Monday! Untuk pengetahuan anda, ‘Thanksgiving’ di Amerika Syarikat diraikan semeriah perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan juga Deepavali. Tawaran untuk Black Friday dan Cyber Monday akan membuatkan anda jadi tidak tentu arah kerana mereka menawarkan lebih 70% Off dan banyak lagi!

Anda pasti fikir diskaun ataupun tawaran ini hanya tertakluk untuk jenama-jenama Amerika Syarikat sahaja bukan? Itu tidak berapa tepat kerana jenama dari negara-negara lain seperti United Kingdom, Jepun dan juga beberapa negara yang lain akan mengambil bahagian. Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan pangkah pada kalendar anda! Pada 23 November, anda boleh mendapat tawaran-tawaran yang menggila ini untuk peragaan, aksesori, peralatan rumah dan macam-mcam lagi! Penjimatan tidak terbantut di situ sahaja, kerana jika jenama-jenama ini tidak mempunyai servis penghantaran ke Malaysia ataupun ada, tapi mencekik darah mahalnya, Jangan risau kerana anda boleh menggunakan servis penghantaran antarabangsa BuyandShip. Anda hanya perlu menggunakan alamat gudang BuyandShip yang terdekat dengan jenama pembelian anda itu dan kami dengan berbesar hati akan menghantarnya kepada anda!

1.  Ketahui tarikh-tarikh penting untuk Thanksgiving/ Black Friday/Cyber Monday 

Thanksgiving- Waktu Amerika Syarikat Khamis, 22 November 2018 

Setiap hari Khamis yang terakhir dalam Bulan November adalah hari istimewa untuk rakyat Amerika Syarikat kerana ia adalah perayaan Thanksgiving dan untuk tahun ini, jatuh pada tarikh 22 November. Kebanyakan Jenama-jenama online menjual perlengkapan bayi, kasut, permainan kanak-kanak, alatan elektronik, peragaan dan macam-macam lagi.

Black Friday – Waktu Amerika Syarikat, 26 November 2018

Pada 23 November, waktu Amerika Syarikat adalah hari yang ditunggu-tunggu untuk peminat sale! 50% Off? 75% Off? 80% Off? Waaaah! Jenama-jenama akan menawarkan tawaran yang menggila ini untuk satu hari sahaja ataupun lebih tepat untuk 24 jam Flash Sale. Jika anda mempunyai barang yang sudah lama anda perhatikan, ini adalah peluang yang ideal untuk penjimatan berganda!

Cyber Monday- Waktu Amerika Syarikat, 26 November 2018

Adakah anda peminat barangan eletronik? Cyber Monday adalah hari yang didedikasi untuk anda! Tawaran ini fokus kepada barangan eletronik seperti komputer, kamera digital, audio, peralatan gaming dan macam-macam lagi! Tetapi bukan itu sahaja, tawaran juga ada untuk fesyen, perlengkapan rumah dan yang lain! Jika anda terlepas tawaran untuk Black Friday, Cyber Monday adalah peluang kedua anda untuk penjimatan berganda! Tetapi, tawaran Cyber Monday ini tidaklah ditawarkan oleh semua jenama, hanya sesetengah.

 

2. Ambil perhatian waktu Sale

Kawasan Pantai Barat dan Pantai Timur di Amerika Syarikat mempunyai zon waktu yang berbeza dan selalunya jenama-jenama akan memulakan tawaran ini mengikut waktu Pantai Barat (waktu PST atau PT). Tahun ini Black Friday akan mula pada 0:00 pada 23 November, Waktu PST dan ini menterjemah kepada waktu di Malaysia 1pm dan jatuh pada tarikh 24 November. Sukacita diberitahu tawaran-tawarn juga mungkin akan bermula lebih awal untuk beberapa jenama! Black Friday untuk UK dan Jepun akan mengikut waktu-waktu negara mereka tersendiri. Untuk pengetahuan anda juga, waktu Pantai Timur disebut ‘EST’ atau ‘ET’, 3 jam mendahului PST.

 

3. Sediakan senarai pembelian dan daftar terlebih dahulu

Jangan habiskan masa yang amat terhad ini dengan baru ingin mendaftar dan mencari apa yang anda ingin. Bersedia untuk perang shopping ini kerana ini adalah 24 jam yang amat penting dan ramai akan berebut-rebut untuk saiz dan rekaan yang sesuai untuk anda. Penjimatan berganda remember? Jadi jimat masa anda dengan sudah pun mempunyai ‘wishlist’, supaya apabila tawaran bermula anda sudah boleh checkout sahaja dan tidak perlu risau jika size atau warna itu masih ada atau tidak.

 

4. Fahami kaedah pembayaran dan sediakan kad-kad kredit yang masih sahih

Sesetengah jenama antarabangsa menerima kad kredit antarabangsa, manakala jenama bagasi popular Samsonite ataupun jenama kasut Toms hanya menerima Paypal sebagai kaedah pembayaran. Jadi ketahui kaedah pembayaran supaya anda boleh sediakan terdahulu dan tidak membuang masa.

 

5. Perbezaan harga dari laman-laman yang berbeza

Buka hati dan minda anda pada perbezaan-perbezaan harga ini! Jika anda sudah perhati kasut  ini dan menunggu masa untuk membelinya, jangan lupa untuk belajar perbezaan harga dari laman-laman yang berbeza untuk mendapatkan harga yang optimum. Ada juga kemungkinan platfom seperti Eastbay, Footlocker, Shoes.com dan lain-lain menawarkan tawaran yang lebih dari laman utama jenama itu.

 

6. Pilih servis penghantaran anda

Kebanyakan jenama-jenama Amerika Syarikat tidak menawarkan penghantaran ke Malaysia, seperti jenama Ralph Lauren, GNC, Carter’s, Eastbay, Amazon dan lain-lain. Jadi jangan bantutkan kemampuan pembelian anda kerana masalah ini, BuyandShip Malaysia adalah solusi anda. Gunakan alamat gudang kami di Checkout.

 

7. Gunakan alamat gudang kami sebagai alamat tetap di laman-laman pembelian

Apabila anda membuat pembelian semasa Thanksgiving, Black Friday dan Cyber Monday, setiap saat amat penting! Jimat masa dan isi alamat gudang kami yang terdekat, terlebih dahulu. Anda akan selangkah lebih jauh dari yang lain- dan lagi cepat anda membuat pembelian, lagi cepat ia akan sampai kepada anda di Malaysia. Untuk proses penghantaran yang lancar, ambil perhatian dengan notis pemberitahuan dari kami via Emel!

Daftar masuk untuk dapatkan alamat-alamat gudang BuyandShip: http://bit.ly/2yZ6veW

 

Penyelesaian Masalah

Masalah Alamat

Jika anda mendapat mesej error apabila mengisi alamat gudang luar negara kami, anda boleh cuba menggunakan alamat ini  595, North Columbia Boulevard dalam format yang berbeza. Jika tiada ruangan untuk mengisi Nombor Ahli BuyandShip, sila isinya dalam apa jua rungan alamat. Sebagai contoh “Address Line 2”. (Nombor Ahli BuyandShip ini amat penting sebagai informasi pengenalan ahli untuk bungkusan anda)

 

Soalan Kaedah Pembayaran dan Alamat Bil

Online-Shoppers perlu mempunyai kad kredit dan Paypal akaun yang sahih kerana laman-laman antarabangsa hanya menerima antara kaedah-kaedah ini sahaja! Jika anda ingin menggunakan alamat bil anda dengan alamat anda tersendiri, sila gunakan nama penuh anda. Ini adalah kes untuk pembeli-pembeli yang mempunyai masalah apabila mengisi alamat gudang kami untuk alamat bil.

 

Masalah Laporan

Selepas pembelian, jangan lupa untuk mengiystihar bungkusan anda! Jika anda tidak lupa untuk mengisytihar bungkusan anda dengan tepat dan tepat pada masa (Sebelum sampai di gudang BuyandShip), gudang BuyandShip akan meneruskan proses penghantaran dengan lebih cepat dan lancar. Walaubagaimanapun, dengan pesanan yang banyak sempena Black Friday, pasukan gudang USA ingin mengigatkan anda, ia mungkin akan mengambil masa yang lebih sedikit berbanding sebelum ini. Tetapi jangan risau, kami pasti tidak akan mengecewakan anda. Hubungi khidmat pelanggan kami jika bungkusan anda belum lagi mendapat pengesahan setelah beberapa hari. Jika anda lupa untuk mengisytihar bungkusan anda, kami akan mengutamakan bungkusan-bungkusan yang sudahpun diisytihar, bungkusan anda akan di hantar dalam 3-5 hari bekerja.

Walaupun kami akan buat yang terbaik mungkin, tetapi kami juga ingin memberitahu anda supaya lebih bersabar kerana pesanan-pesanan anda mungkin akan mengambill masa yang lebih sedikit berbanding sebelum ini. Selalunya ia hanya mengambil 1-3 hari untuk penghantar pesanan ke Hong Kong tetapi dengan jumlah pesanan Black Friday yang banyak, kami mungkin akan mengambil masa 6-10 hari bekerja untuk menghantar ke gudang Hong Kong.

 

Limitasi Saiz Bungkusan

Semasa musim shopping ini, jangan lupa limitasi pada saiz bungkusan anda. Kami hanya menerima ketinggian/kelebaran/kedalaman tidak melebihi 150cm. Jika bungkusan anda melebihi batasan ini, bungkusan anda tidak akan dibenarkan untuk ke Hong Kong dan Malaysia.