Pilihan Pengarang untuk Black Friday – Edisi Wanita

Dear Sis,

Musim sejuk akan tiba tidak lama lagi dan walaupun kita tidak  terkesan dengan musim yang baru ini, tetapi ia bermaksud SALE SALE dan SALE. Oleh itu, kami menyediakan informasi yang bermanfaat untuk para wanita ataupun peminat sale! Ini adalah pilihan diskaun dan tawaran editor kami dari laman-laman di Amerika Syarikat, UK dan juga Jepun semepena Black Friday Sale. Tidak kira apa sahaja yang anda inginkan, seperti fesyen dan peragaan, beg tangan, aksesori, barang kemas, dan apa sahaja akan diberikan harga runtuh. Anda juga tidak perlu risau dengan keaslian barangan anda kerana pembelian akan dibeli dari platfom-platform asli dan juga laman utama jenama-jenama berikut.

Kate Spade adalah jenama mewah yang amat popular di seluruh dunia. Rekaan mereka menjadi kegemaran ramai kerana ia adalah feminin dan ceria. Rangkaian harganya juga amat berpatutan, terutamanya semasa Sale! Sama ada anda berminat untuk membeli dompet, aksesori mahupun beg tangan, ia terbukti dari tawaran-tawaran Black Friday yang lepas, mereka menawarkan harga runtuh sebanyak 75%! Untuk hanya US$49 (RM206), anda boleh dapatkan dompet panjang dari Kate Spade (Harga asal US$149= RM625), macam tak percaya kan murah sangat?! Untuk harga yang sangat berpatutan, anda sudah pun boleh mendapatkan barangan jenama mewah!

Untuk tawaran fesyen dan peragaan pula, jenama kegemaran Go-To kami adalah  J.Crew. Rekaan-rekaan dari  J.Crew menyempurnakan ‘chic’ feel itu dalam koleksi peragaan anda. Antara rekaan-rekaan yang boleh menyempurnakan koleksi anda adalah seperti blaus yang feminin, diragakan dengan pencil skirt. Anda boleh berjimat lebih lagi dengan membeli dari laman utama  J.Crew dari USA yang menawarkan harga runtuh sebanyak 50%. Jenama  J.Crew dipercayai ramai dengan kualiti rekaan dan ini adalah investment terhebat anda.

dalam topik-topik jenama, kami ingin juga menyentuh jenama mewah dari USA Tory Burch. Laman utama USA Tory Burch menawarkan harga runtuh sebanyak 20% baru sahaja beberapa hari yang lepas! Beg tangan, kasut dan aksesori dari Tory Burch ini amat popular di kalangan Hollywood A-Lister. Kerana ia jenama USA, jadi kami mengjangkakan tawaran yang menggila sempena Black Friday!

Jika anda minat membeli jenama-jenama mewah, kami syorkan anda untuk Bookmark laman-laman USA untuk membeli-belah pada jam  6PM. Banyak jenama yang mengambil bahagian dalam Black Friday Sale ini dan menawarkan harga runtuh dari 30% hingga 90%. Antara jenama yang akan mengambil bahagian adalah seperti POLO, Tommy Hilfiger, Calvin Klein, Michael Kors, DKNY,  Ted Baker dan beratusan lagi jenama dari Eropah dan Amerika Syarikat! Tawaran ini tidak terhad kepada peragaan sahaja, malah untuk kasut, aksesori, perlengkapan sukan dan bermacam-macam lagi untuk para wanita dan lelaki.

Sudah menjelang hujung tahun dan kita perlu memberi ganjaran ataupun menghadiahkan diri kita kerana sudah satu tahun kelak melalui kehidupan yang penuh dengan liku-liku hidup. Black Friday Sale ini adalah peluang yang bermanfaat!