Ladies – Shopping time!

Pernahkah anda kenal mana-mana wanita yang tidak pandai shopping? Inilah peluang terhebat untuk anda mengasah bakat-bakat anda. Kenapa kita kena juga ambil peluang Sale Black Friday ni? Apa yang hebat sangat? Kenapa orang tak habis-habis cakap pasal Sale Black Friday?

Anda tidak perlu berpenat lelah memikirkan kepentingan Black Friday Sale ini kerana selepas anda habis sahaja membaca artikel ini, akan ada api dalam diri untuk mula penjimatan ini. Black Friday Sale menjadi kegilaan ramai kerana ia adalah antara Mega Sale yang tidak dapat dilepaskan. Tawaran-tawaran dan diskaun yang diberi tiada tandingannya.

Ini adalah antara jenama-jenama yang menawarkan diskaun Black Friday;

 

Fashion Nova adalah antara jenama dari Amerika Syarikat yang mempunyai jumlah kolaborasi terbanyak bersama ikon-ikon zaman sekarang dalam seleksi peragaan mereka. Malahan, kolaborasi yang terbaru adalah bersama Cardi-B untuk koleksi jeans. Sempena Black Friday, Fashion Nova menawarkan kurangan 80% dan untuk yang terlebih, tambahan 40% kurangan harga lagi. WOW

 

Jika anda pengemar barangan mewah seperti Micheal Kors, Calvin Klein, Ralph Lauren, Kenzo dan macam macam lagi, rajinkan diri anda untuk ke laman Farfetch pada hari Black Friday 23 November. Sempena Black Friday, Farfetch menawarkan tawaran-tawaran yang tidak boleh ditandingi (80% Off).

 

Glam Glow adalah jenama kosmetik yang dimulakan dengan Hollywood A-listers sahaja dan jika produk ini dipercayai selebriti-selebriti kegemaran kita, kenapa tidak kita? Kini Glam Glow menawarkan tawaran hebat dan Free Gifts Sempena Black Friday!

 

Selepas Kylie Cosmetics menjadi rebutan ramai pada keluaran edisi pertamanya, yang mencetus rekod 30 saat sebelum ‘sold out’, kini sudah menjadi lumrah kita untuk berebut apabila koleksi baru dikeluarkan. Kini untuk Black Friday, anda boleh dapatkan diskaun-diskaun menarik!

 

Tarte bukanlah jenama solek yang baru disebut-sebut. Malahan, Tarte juga ada di Sephora Malaysia. walaupun begitu, Tarte USA menawarkan harga runtuh sebanyak 30% untuk Black Friday! Anda hanya perlu menggunakan kod promo FRIDAY30.

 

Revolve adalah platfom dari US yang mendukung jenama-jenama mewah, dipilih dengan mengutamakan perincian untuk kesesuaian imej Revolve tersendiri. Revolve sudahpun menjadi empayar yang berjaya sehingga mempunyai Award Show tersendiri. Digemari selebriti-selebriti seluruh dunia, kini anda boleh ‘walk in their shoes’ juga dengan potongan 50%!