Perbandingan Harga- Sneakers Fanatik

Dunia semakin berubah dan kebelakangan ini dunia fesyen juga berubah dengan begitu pesat, hampir susah untuk ‘cope’ dengan pelbagai pertukaran pada trend. Antara yang hangat dan akan dikatakan akan everlasting ‘trend’ adalah sneakers. Sneakers ataupun kasut dahulunya hanya diragakan untuk tujuan sukan dan pemakaian lasak, namun kini sudah menjadi titik statement untuk peragaan. Tidak lengkap jika streetwear tidak diberi sentuhan kasut-kasut yang menjadi statement pada peragaan anda!

Tip: Untuk penjimatan berganda, gunakan alamat terdekat BuyandShip untuk pembelian dari laman UK, USA, Jepun, Korea, Hong Kong dan China.

Kami di BuyandShip mendedikasi tenaga untuk mencari hanya yang terbaik untuk anda. Di bawah adalah senarai yang pasti akan menyempurnakan koleksi peragaan anda.

** Jumlah “Dengan BuyandShip Malaysia” tertera adalah penganggaran harga dalam  mata wang Malaysia dan termasuk caj penghantaran ke Malaysia  menggunakan BuyandShip Malaysia.

 

Calvin Klein Men’s Strike 205 Leather & Mesh Sneakers

Chunky sneakers dari jenama mewah adalah antara yang popular di pasaran. Calvin Klein Strike 205 Leather & Mesh sneakers memberi percikan warna yang ceria dan bold, sesuai dengan personaliti anda. Ciri rekaan Chunky ini juga memberi lebih ketinggian pada tumit untuk anda kelihatan lebih tinggi. Diperbuat dari pada kulit dan getah untuk keselesaan sepanjang hari.

 

 

 

Adidas NMD_R1 STLT Parley Primeknit

Untuk bergaya tidak bermaksud anda harus mengorbankan keselesaan. Adidas NMD R1 PrimeKnit adalah antara sneaker yang selesa. Model ini bukan sahaja edisi terhad kerana ia kolaborasi antara Adidas dan Parley, tetapi juga bertujuan untuk kebaikan. Anda boleh melengkapi peragaan anda sambil membantu mengurangkan pencemaran kerana mereka menghasilkan model ini dari bahan yang boleh dikitar semula.

 

 

 

Nike Air Foamposite One (Obsidian/University Red/Black)

Pertama kali telah dihasilkan pada tahun 1997, hampir 3 dekad yang lepas. Nike Air Foamposite adalah kasut bertujuan khas untuk bola keranjang yang selalu digemari NBA Legend Penny Hardaway. Model sneakers ini terkenal dengan warna simboliknya, denim-clad colourway! Rona warna ini sesuai untuk apa jua padanan peragaan.

 

 

 

 

 

Puma Men’s Thunder 4 Life Sneakers

Walaupun kami tidak boleh menjanjikan anda berlari seperti seekor puma, anda tetap boleh mengayakan jenama puma! Puma Men’s Thunder 4 Life dapat menyerlahkan sifat keriangan dan funky, pasti akan ‘steal the show’ dengan penuh keselesaan sepanjang hari!

 

 

 

 

Adidas Pharrell Williams Chinese New Year Solar HU Sneaker

Anda pasti pernah terbaca artikel untuk kasut ini dari BuyandShip. Ya, kami masih belum ‘move on’ lagi. Untuk Tahun Baru Cina baru-baru ini, Adidas telah membuat kolaborasi bersama Pharrell Williams untuk menghasilkan model ini! Dapatkan ia untuk melengkapi koleksi anda sementara stok masih ada!