Roxy Australia – Sale!

Siapa yang tidak pernah dengar jenama Roxy dari Australia ini? Pada ketika dulu, jenama ini sangat popular di kalangan anak-anak muda. Jenama ini didukung oleh jenama Quiksilver yang kini masih lagi mempunyai cawangan di Malaysia. Sama seperti Quicksilver, Roxy tetap mempunyai misi untuk memberi yang terbaik kepada sukan meluncur air. Walaupun mereka memberi dedikasi khas kepada sukan meluncur, tetapi mereka juga mempunyai koleksi peragaan yang boleh dipakai untuk berenang, aksesori dan juga peragaan yang sesuai untuk dipakai di pantai.

Fabrik-fabrik peragaan Roxy amat sesuai untuk cuaca di Malaysia kerana di sini, kalau tidak basah kehujanan anda pasti kepanasan. Jadi dapatkan ia terus dari laman Roxy Australia dengan potongan harga yang tiada bandingannya, tetapi dengan BuyandShip Malaysia anda boleh berjimat lebih lagi! Hanya RM18/Lb sahaja untuk membuat penghantaran ke pintu rumah anda tanpa berpenat lelah dan berkoyak poket.