Jeffree Star Cosmetics – Magic Star Concealer!

Jeffree Star mula melakar namanya dalam industri kecantikan sebagai makeup guru. Dia menjadi semakin popular kerana sifatnya yang begitu jujur, terus terang, unik dan juga ‘sassy’ membuat kita terus terhibur. Selepas mempunyai platform peminat setia, dia mula membuat jenama soleknya sendiri sebagai titik permulaan untuk memastikan peminatnya mendapat produk yang terbaik.

Kali ini, Jeffree Star Cosmetics mengeluarkan Magic Star Concealer, concealer ini boleh didapatkan dalam 30 tona warna yang berbeza untuk kesesuaian kulit yang lebih tepat. Bukan itu sahaja, concealer ini juga amat pigmented dan menjanjikan coverage yang sempurna untuk memberi finishing yang lebih mulus dan flawless. Dapatkan ia terus dari Jeffree Star Cosmetics dan gunakan alamat gudang terdekat BuyandShip untuk penjimatan berganda!