Happy Habitat by Karrie Dean

Jenama ini mula berputik semasa pengasasnya Karrie Dean, seorang eksekutif dalam industri pengiklanan. Walaupun begitu, Karrie yang mempunyai asas dalam seni ingin memberi nafas baru kepada kehidupannya dengan memulakan perniagaan beliau sendiri dengan mengeluarkan rekaan-rekaan selimut yang bermutu tinggi. Karrie mengambil masa yang lama untuk memastikan bukan sahaja rekaan, malahan kualiti fabrik yang digunakan tiptop untuk kegunaan harian dan keselesaan optimum.

Walaupun jenama Happy Habitat tidak membuat penghantaran ke Malaysia, tetapi BuyandShip boleh memberi penyelesaian kepada masalah itu. Beli selimut kegemaran anda terus dari Happy Habitat by Karrie Dean dan gunakan alamat gudang Amerika Syarikat BuyandShip untuk penghantaran antarabangsa serendah RM18/Lb tanpa caj tersembunyi. Setiap rumah tangga pasti mahukan kebahagiaan, mulakannya dengan selimut lembut bak sutera!