Winky Lux – Gincu Meow Meow!

Winky Lux adalah jenama kosmetik dari New York City, Amerika Syarikat yang memastikan produk-produk kosmetik keluaran mereka bukan sahaja bermutu tinggi tetapi juga bebas dari penderaan haiwan semasa proses pembuatan. Winky Lux, seperti namanya juga mengeluarkan produk-produk yang comel dan tidak dinafikan membuat kita ‘awwww’ apabila melihatnya. Jikalau bukan yang comel, pasti yang glitter untuk menyerlahkan lagi wajah anda.

Jika anda mempunyai Si bulus di rumah ataupun sangat menggemari kucing, gincu dari Winky Lux ini sesuai untuk anda. Boleh didapatkan dalam 4 tona warna yang berbeza, untuk menyerikan bibir anda sambil memastikan bibir anda terus lembap dan kelihatan sihat. PURRFECT POUT LIPSTICK ini mempunyai dua tona dan diberi perincian simbol kucing untuk warna yang kedua itu. Ini akan memberikan tona warna campuran yang akan membuat bibir anda lebih menawan.