Raya Bergaya : Makeup palet dari Makeup Youtuber

Persiapan untuk #BNSRayaOOTD tidak terhad pada peragaan dan aksesori sahaja. Anda juga boleh memberi ‘look’ anda lebih luar biasa dengan #FOTD (Face of the Day)! Dengan palet makeup yang sesuai, anda boleh takluki dunia.

Jika ada peminat Beauty Guru dari Youtube, ini adalah berita gembira untuk anda! Kami telah mengenal pasti makeup palet dari Beauty Guru kegemaran anda yang akan membuat perayaan anda lebih ceria, dari tona yang neutral hingga ke rona yang lebih bold! Sesuai untuk anda semua.


Laura Lee Nudie Patootie Eyeshadow Palette | USD $45

Laura Lee telah memulakan jenama kosmetiknya sendiri pada tahun 2017. Salah satu produk bestseller-nya adalah Nudie Patootie eyeshadow yang direka dengan tona warna yang sesuai untuk solekkan harian mahupun untuk slay makeup!

 

Lunar Beauty Life’s a Drag Eyeshadow Palette | USD $45

Antara Beauty Guru lelaki yang pertama memulakan youtube channel sendiri – Manny MUA telah melakukan kolaborasi bersama pelbagai jenama-jenama kosmetik di luar sana. Mengikut rakan seperjuangannya dengan memulakan jenama kosmetiknya sendiri dan mengeluarkan eyeshadow palet yang mempunyai 14 tona warna bold dan neutral. Palet eyeshadow dari Manny pasti akan membuat anda merasa gorgeous dan fierce!

 

Jeffree Star Cosmetics Blood Sugar Palette | USD $52

Jeffree Star bukan sahaja dikenali dengan kebolehannya untuk solekkan flawless tetapi juga gerak-gerinya yang begitu lincah dan berani membuat peminat terus terpesona dengannya. Jenama kosmetik Jeffree Star ini antara yang terkenal dalam pasaran, terutamanya eyeshadow palet Blood Sugar yang mempunyai tona warna yang neutral dan juga cerah, tidak dilupakan juga kualitinya yang sangat pigmented. Anda tidak akan menyesal, kami pasti!

 

Makeup Obsession x Belle Jorden Eyeshadow Palette | £10

Beauty Vlogger Belle Jorden dari Kanada juga mengeluarkan eyeshadow dan set lip gloss dengan jenama Makeup Obsession yang diberi perincian bak personalitinya sendiri. Vlogger ini dikenali dengan personalitinya yang feminin dan juga funky. Belle sendiri telah turun padang untuk memastikan setiap proses pembuatan dan tona warna sesuai untuk kolaborasi ini.

 

Revolution x The Emily Edit – The Wants Palette | £15

Bekas pembaca berita yang menukar industrinya kepada dunia hiburan telah memulakan Youtube Channel sendiri. Emily Noel telah membuat kolaborasi dengan jenama kosmetik terkenal Makeup Revolution. Untuk kokeksi kolaborasi ini, anda boleh mendapatkan eyeshadow palet yang mempunyai 24 tona warna matte, satin dan juga simmer untuk melengkapi solekkan anda.

 

Morphe x James Charles Eyeshadow Palette | USD $39

James Charles yang baru-baru ini menghadiri Met Gala dengan solekkan yang membuat semua terpegun juga mempunyai eyeshadow palet sendiri dengan kolaborasi bersama Morphe. 39 rona warna yang dipilih James Charles untuk eyeshadow paletnya ini sama seperti personalitinya yang ceria dan bold. Anda pasti bersedia untuk apa jua cabaran hidup dengan konfiden yang diberikan eyeshadow palet ini.