Kami bawakan StockX kepada anda!

Sneakerheads dan penggemar streetwear pasti tidak asing dengan platform StockXPlatform menjual-beli yang diasas seawal tahun 2015. Tetapi tahukah anda StockX menawarkan banyak lagi barangan di pasarannya? Anda boleh rambang mata dengan ribuan pilihan dari koleksi barangan jenama mewah seperti beg tangan dan jam tangan!

StockX adalah platform yang menawarkan pasaran menjual-beli barangan jenama mewah yang terpakai. Transaksi ini menjadikan StockX sebagai orang tengah untuk memastikan segala tawaran dan permintaan harga yang dilakukan sahih dan selamat. Pembeli boleh memberi tawaran harga dan penjual pula boleh menetapkan harga yang ingin dijual. Apabila kedua-dua transaksi ini padan, di situlah bermulanya pembelian-penjualan anda! Tonton video di bawah untuk maklumat lanjut bagaimana anda boleh menggunakan Buyandship untuk membeli di StockX:


Tidak dinafikan, selalunya di platform jual-beli pasti ada barangan yang membuat anda was-was ataupun harga yang begitu mencekik darah, terutamanya barnagan edisi terhad.

StockX mengurangkan keraguan anda itu dengan membuat penelitian pada setiap perincian barangan mewah untuk memastikan anda tidak tertipu. Sebelum pembeli menerima barangan tersebut, pihak StockX akan memastikan terlebih dahulu tentang keaslian barangan dan kemudian baru akan dihantar kepada anda. Penjual pula akan menerima duit apabila keaslian sudah terbukti. Jadi anda tidak perlu lagi menggigit kuku menunggu bungkusan anda!

Jika anda berasa girang setiap kali mendapat tawaran-tawaran dan diskaun yang menggila, StockX’s Below Retail ialah jodoh anda – Platform jual-beli barangan mewah terpakai. Anda boleh dapatkan jenama mewah tersohor seperti Louis Vuitton, Gucci, Chanel, Goyard, Dior, Cartier, Rolex, Bell & Ross dan banyak lagi di StockX!

Sebagai pembeli yang bijak, StockX juga menyediakan data yang sahih dan terkini untuk memastikan anda membeli dan menjual pada saingan yang sihat. Tidak kira untuk bag jenama mewah anda ataupun jam tangan semahal myvi, semuanya adil dan telus. Data-data yang disediakan adalah seperti harga pasaran terkini, jumlah barangan yang sama terjual dan info tentang produk-produk terjual, dengan data ini anda dapat menganilisis sebelum membuat pembelian.

To demonstrate the kind of savings you, as a buyer, can enjoy, we’ve picked a few favourite items on StockX. To get your delivered to your doorstep safely, get access to Buyandship’s US warehouse to get affordable on international shipping as low as RM18/lbs.

Untuk menunjukkan jumlah penjimatan yang boleh dilakukan oleh pembeli, kami sudah menyenaraikan barangan kegemaran kami dari StockX. Nikmati penjimatan ini dengan Buyandship Malaysia apabila anda menggunakan alamat gudang Amerika Syarikat BuyandShip di checkout untuk menikmati caj penghantaran antarabangsa serendah RM18/Lbs.

Barangan yang bernilai lebih dari RM500 akan dikenakan duti dan cukai dari Kastam Diraja Malaysia. Sebarang cukai dan duti tempatan akan ditanggung sepenuhnya pembeli ; Wakil BuyandShip akan menghubungi anda jika terdapat sebarang pembayaran yang dikenakan dan akan membantu anda untuk proses pembayaran.