ZOEVA – Makeup Artist Zoe Bag

Industri kecantikan kebelakangan ini semakin berkembang, terbukti dari kemunculan jenama-jenama solek dan kedai solek seperti Sephora yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Antara jenama yang mengharumi industri kecantikan adalah Zoeva yang terkenal dengan produk berkualiti pada rangkaian harga yang berpatutan. Walaupun pilihan jenama ini di Malaysia amat terhad, anda boleh membeli terus dari lamannya.

Sesuatu yang pasti adalah berus solek yang bagus untuk mendapatkan solekkan yang lebih mulus dan flawless. Dapatkan Makeup Artist Zoe Bag yang terdiri dari 25 berus yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza untuk menyempurnakan solekkan anda – 103 Defined Buffer*, 104 Buffer*,106 Powder*, 128 Cream Cheek*, 137 Petit Fan*, 145 Concealer Blender*, 235 Contour Shader*, 317 Wing Liner*, 322 Brow Line*, 329 Lip Definer dan banyak lagi! Gunakan alamat gudang BuyandShip di checkout untuk menikmati penghantaran antarabangsa serendah RM18/Lb!