Buyandship Top 5 Picks: Beg Para Lelaki Wajib Ada!

Beg tangan sudah menjadi sinonim kepada para wanita, walaupun begitu ia dipersetujui ramai tentang sifat praktikalnya. Untuk para lelaki yang sering mengikut perkembangan fesyen, kini lelaki dapat dilihat tidak segan lagi untuk menjinjing atau menggalas beg untuk rekaan-rekaan yang mengikut perkebangan trend. Antara aspek yang perlu diambil kira adalah ruang penyimpanan, fungsi, jenis fabrik, tahan lasak dan juga reka bentuk yang memikat hati anda.

Sewajarnya, kini anda boleh mendapatkan pelbagai jenis beg untuk keperluan dan tujuan tertentu. Kami sudah menyenaraikan beg-beg yang boleh dipakai untuk hari raya yang akan menjelang tidak lama lagi. Bukan sahaja untuk ke rumah sanak saudara sempena sambutan Raya Aidilfitri tetapi juga boleh untuk balik ke kampung halaman.

Buyandship telah menyediakan senarai Top Picks kami untuk anda nikmati. Hanya scroll ke bawah dan gunakan alamat gudang kami semasa membuat pembelian di laman-laman tersebut untuk mendapatkan penghantaran antarabangsa kami serendah RM18/lb sahaja!

Beg silang Buckner Messenger dari fossil ini diberi rekaan yang kemas tetapi amat praktikal untuk pengunaan sepanjang hari atau jangka masa yang panjang kerana ia mempunyai ruangan untuk setiap penyimpanan barang yang berbeza seperti ruangan berzip, ruangan untuk komputer riba dan juga untuk kunci anda. Fabrik di luar diperbuat dari kulit yang bermutu tinggi, manakala ruangan di dalam pula diperbuat dari poliester, selamat untuk penyimpanan air minuman anda!

POPP Twill detail backpack by Ted Baker

Tonjolakan gaya anda dengan rekaan yang edgy tetapi tetap minimal. Beg sandang ini diberi perincian twill, ruangan berzip di hadangan dan banyak ruangan di dalam untuk kegunaan seharian anda ke pejabat mahupun balik ke kampung. Tidak kira untuk apa tujuan anda meragakan beg ini. lakukannya dengan gaya!

VAINL ARCHIVE × PORTER di BEAMS JP

Fanny pack sendiri memiliki banyak nama lain, mulai dari bum bag, ket bag, hingga tas pinggang. Dengan kepesatan perkembangan zaman, penggunaan fanny pack semakin popular semenjak fanny pack diragakan oleh Kendal Kardashian. Cara peragaan juga berbeza dari dulu, bukan sahaja boleh diikat di pinggang, malahan boleh disandang kehadapan untuk kelihatan lebih edgy (dan sewajarnya, amat selamat).

500D DAY TRIP by Fedrik Packers

Jika anda menginginkan beg yang sangat praktikal dan boleh diubah-ubah mengikut mood anda, ini adalah beg yang paling sesuai untuk anda! Rekaan bag dari Fedrik Packers dibuat dari hasil tangan dengan teliti untuk memastikan kualiti yang terbaik. Beg ini boleh diubah menjadi beg sandang, jinjing mahupun silang mengikut mood anda! Semuanya dalam satu beg sahaja.

Canvas Duffle Bag by Brooks Brothers

Beg duffle kanvas dari Brooks Brothers ini diberi perincian kulit dan potongan yang teliti. Ia adalah beg yang sesuai untuk perjalanan yang panjang ataupun untuk percutian yang pendek. Kain kanvas ini tahan lama dan bahagian bawah pula adalah kulit dengan kancing logam membantu menghasilkan beg yang tahan lasak dan praktikal. Jika anda hendak balik ke kampung mahupun cuti sempena minggu raya yang panjang, ini sesuai untuk pengembaraan anda itu!