5 Top Pick BuyandShip: Hari Bapa

Para bapa di luar sana sering dikenali dengan lawak yang hambarnya ataupun perutnya yang boroi. Walaupun begitu, para bapa adalah antara orang yang sangat ‘selfless’ ataupun tidak mementingkan diri. Tanpa tunjuk ajar mereka, kita tidak dapat berdikari dan berdiri atas kebolehan dan usaha kita sendiri. Tanpanya, tidaklah wujud kita di dunia ini.

Mungkin kita tidak perasan, tetapi mereka adalah golongan yang bekerja begitu keras untuk memastikan seisi keluarga cukup makan dan berpakaian. Ini mungkin telah menjadi kebiasaannya untuk mengutamakan keluarganya terdahulu baru dirinya, dan pasti ada masanya beliau tidak dapat membeli apa yang dimahunya kerana tidak ‘praktikal’ ataupun tidak cukup duitnya ketika dahulu.

Mari kita sama-sama meraikan pengorbanan para bapa dengan menghadiahkannya barangan yang akan membuat beliau tersenyum sepanjang hari. Walaupun begitu, kami memastikan anda bank akaun anda tidak akan kering, gunakan alamat gudang BuyandShip di checkout untuk menikmati penghantaran antarabangsa serendah RM18/Lb sahaja!

 

Crosley Record Player at Urban Outfitters

Record Player dan Kaset Vinyl adalah antara alat audio yang terawal sekali dalam era kita. Sudah hampir pupus kewujudannya, tetapi untuk yang lebih berumur, ini adalah harta yang mempunyai sentimental value kerana ia dapat membawa ayah-ayah kita ke zaman kecilnya! Dapatkan ia terus dari Urban Outfitters USA!

 

 

 

 

 

 

Mickey stripes Tie by Disney Japan 

Tali leher dari Disney Japan ini diberi tona warna biru gelap yang mudah dipadankan dengan pelbagai corak atau warna baju yang lain. Dari jauh, ia nampak formal tetapi jika anda lihat dari dekat, ia amat ‘playful’ dengan cetakkan yang diberi pada tali leher ini. Dalam kesibukkan hari bapa anda, kalau terlihat mickey mouse pada tali lehernya, pasti dia akan tersenyum. Ia datang dengan pin set dan juga dalam kotak sebegitu untuk hadiah yang lebih eksklusif buat para bapa!

 

 

 

 

 

 

 

Salvatore Ferragamo Card Case di Nordstrom

Tona warna biru ini yang memberi percikkan mewah dan minimal sesuai untuk kegunaan harian para bapa. Kita sebagai anak mahupun isteri pasti akan terasa lebih dihargai jika ia dipakai setiap hari. Diperbuat dari kulit yang diberi perincian yang sangat teliti dan pada setiap jahitannya. Bukan itu sahaja, ia juga amat praktikal kerana ia kalis air, jadi anda tidak perlu risau kalau terkena air dan sebagainya!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Eufy BoostIQ RoboVac 11S (Slim) dari Amazon USA

Robot Vacuum ini ideal untuk bapa-bapa yang sering dimarah kerana malas ingin menolong mengemas rumah ataupun selalu mendengar bebelan Si Ibu kerana kepenantan mengemas rumah yang sering dibuat sepah anak-anak. Ini adalah antara hadiah untuk Si Bapa tetapi juga akan membuat Ibu juga tersenyum lama! Model Eufy BoostIQ 11s ini produk yang diiktiraf Amazon untuk kualiti dan features yang amat hebat!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Healing Factory 6-ball cushion massager  di Gmarket Korea

Yang kita sedia tahu, Si Bapa selalu suruh kita urut mereka selepas seharian bekerja. Sakit belakang, sakit tengkuk dan macam-macam lagi. Jangan risau, massager ini adalah penyelesaian anda supaya anda tidak perlu berpenat lelah mengurutnya kerana wujudnya teknologi ini.