Glam Lite – Edisi Pizza

Glam lite cosmetics adalah jenama dari Amerika Syarikat yang mendapat inspirasi terus dari pengalaman pemakanan pengasasnya. New York terkenal dengan pelbagai fast food terutamanya Pizza! Antara potongan terbesar pizza adalah dari New York juga. Pengasas Glam Lite, Gisselle Hernandez yang juga mempunyai keghairahan untuk solekkan mendapat idea untuk menggabungkan kedua-dua cinta hatinya iaitu – Makeup dan Pizza.

Edisi pizza ini menunjukkan kebebasan untuk kita bersolek sambil menikmati apa jua yang kita sukai – sebagai contoh Pizza! Ini adalah senarai yang sudah kami sediakan untuk anda nikmati, supaya anda tidak ketinggalan edisi terhad ini. Untuk penjimatan, beli terus dari Glam Lite dan gunakan alamat gudang BuyandShip di checkout!

 

PIZZA PALETTE – MYR 166 (USD $40)

Apakah yang mungkin topping pizza yang menjadi pilihan anda buat kali ini? Pepperoni? Cendawan? Tidak kira apa jua topping kegemaran anda, eyeshadow palet ini dinamakan topping-topping yang sering kali kita lihat di pizza! Ceriakan solekkan anda dengan warna ‘Garlic’ sebagai base, hot sauce dan pepperoni boleh menjadi warna transition yang ideal.

 

 

 

Bulu Mata Palsu – Edisi Pizza Glam Lite

Bulu mata kita juga sama seperti rambut kita, sangat ikut mood. Kalau tak ada mood tu, habislah! Jangan risau, untuk solekkan dan bulu mata yang konsisten, gunakan bulu mata palsu yang berkualiti. Dapatkan koleksi bulu mata palsu dari Glam Lite dengan harga yang amat berpatutan. Boleh digunakan sehingga 15 kali atau lebih lagi jika dijaga dengan baik. Ini adalah seperti pelaburan jangka masa yang lama!

Terdapat 5 jenis bulu mata yang boleh anda pilih dari. Dari bulu mata palsu yang Vavavoom hingga ke simple untuk kegunaan harian.