Adidas Originals Ozweego

Adidas telah melancarkan koleksi terbaharu model Ozweego dari JD Sports UK. Pernah dilancarkan pada lewat 90an, kini ia muncul semula dengan wajah baru, dengan palet warna kekinian, sesuai dengan trend terkini.

Walaupun koleksi ini boleh didapati di JD Sports Malaysia, harga kasut ini di laman web rasmi JD Sports UK lebih murah. Penghantaran ke UK adalah percuma untuk pembelian £70 dan keatas, jadi jangan lupa untuk menggunakan alamat gudang Buyandship di UK.