Koleksi Wet n Wild x PAC-MAN

Berita baik untuk peminat tegar kosmetik harga mampu milik! Wet n Wild telah mengisi kembali stok untuk koleksi Wet n Wild x PAC-MAN yang diinspirasi permainan video yang terkenal ketika zaman 80-an. Setelah menerima sambutan hangat ketika awal pelancaran, Wet N Wild sekali lagi mengeluarkan setelah mendengar permintaan orang ramai untuk menambah kembali stok. Anda harus klik ‘add to cart’ secepat mungkin kerana ini kali terakhir peluang anda untuk mendapat koleksi Wet n Wild x PAC-MAN.

Wet n Wild tidak menyediakan penghantaran ke Malaysia, tetapi anda boleh mendapatkannya melalui dengan Buyandship. Buyandship menyediakan akses ke alamat gudang di AS serta harga penghantaran yang berpatutan.