Koleksi Krismas Sanrio

Siapa sahaja tidak kenal dengan karakter Sanrio, syarikat berlesen yang mengeluarkan karakter seperti Hello Kitty. Karakter ciptaan syarikat Sanrio ini telah lama berlegar sepanjang generasi di mana mana kedai mahupun televisyen. Jika anda seorang fanatik maskot Sanrio, koleksi Krismas dari syarikat ini menampilkan pelbagai cenderahati sempena perayaan Krismas yang bakal menjelang. Terdapat lebih dari 100 barangan ditawarkan, kebanyakan dari mereka sesuai untuk dijadikan hadiah untuk kesayangan anda atau kegunaan sendiri untuk bila-bila masa. 

Buat pembelian anda dari Sanrio Online Shop Japan melalui alamat gudang Jepun Buyandship kerana Sanrio tidak menyediakan penghantarann antarabangsa buat masa ini. Dengan Buyandship, tidak usah khuatir dengan kadar penghantaran antarabangsa ke Malaysia. Kami menyediakan kadar penghantaran yang terbaik untuk anda.