Koleksi Nasty Gal ft Cara Delevigne

Sebut sahaja Cara Delevigne, pasti teringat dengan kening lebat dan mata yang fiercenya, serta personaliti yang unik menjadi selebriti model paling dicari oleh ramai pereka fesyen global.

Nasty Gal, jenama fesyen khusus untuk wanita muda, memilih untuk berkolaborasi dengan Cara Delevigne untuk melancarkan koleksi pakaian sempena musim cuti ini. Koleksi Nasty Gal ft Cara Delevigne ini diilhamkan oleh idola muzik kegemaran wanita dari tahun 70-an dan 80-an. Koleksi ini menampilkan siluet yang disesuaikan dengan rekaan grafik ikonik untuk layering. 

Walaupun koleksi Nasty Gal ft Cara Delevigne baru sahaja keluar di pasaran, Nasty Gal sedang menawarkan potongan harga 50% untuk keatas semua barangan di kedai online mereka. Untuk dapatkan lebih penjimatan, beli-belah koleksi edgy ini dari laman web Nasty Gal UK dan hantar pembelian anda ke alamat gudang UK Buyandship. Penghantaran dari UK ke Malaysia menggunakan servis lanjutan pembelian Buyandship hanya RM18/lbs!