Apa itu Buyandship?

Wow, harganya lebih murah berbanding membeli di Malaysia!

Mesti anda sudah banyak kali terkejut semasa anda membeli-belah secara online di luar negara. Harga-harga barangan sangat menarik! Kami pasti anda kecewa apabila sampai ke bab penghantaran antarabangsa. Sesetengah kedai online tidak dihantar ke Malaysia dan walaupun mereka boleh, kebanyakannya memerlukan kos yang tinggi!

Adakah anda mencari alternatif yang lebih berpatutan untuk penghantaran antarabangsa? Anda di tempat yang betul! 
Biarkan Buyandship menyelesaikan masalah penghantaran antarabangsa anda dengan servis lanjutan kami. Kami membantu anda berbelanja dari seluruh dunia tanpa perlu membayar harga yang tinggi untuk menghantarnya kembali ke Malaysia.

Dimana boleh saya membeli-belah?

Dunia di hujung jari anda dengan Buyandship! Beli dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Itali, Jepun, Korea, Thailand, China dan Hong Kong dengan mudah. Hantar pembelian online anda ke alamat gudang luar negara yang paling dekat dan ianya akan dihantar secara automatik ke gudang utama kami di Hong Kong.

Ahli kami suka menggunakan Buyandship untuk membeli-belah dari eBay AS, Ralph Lauren, Carters, Gmarket, Amazon Japan dan Kmart Australia! Cari cadangan atas kedai-kedai online kami melalui Tips Membeli-belah kami sekarang.

Kenapa saya harus menggunakan Buyandship?

Kami menyediakan servis penyimpanan PERCUMA sehingga 30 hari di gudang Hong Kong kami. Membeli-belah dari pelbagai negara? Tiada masalah dengan Buyandship! Gabungkan penghantaran anda dengan mudah kedalam satu kotak; kami menggabungkan pakej anda secara PERCUMA. Anda juga tidak perlu membuat bayaran bertubi-tubi untuk kos penghantaran antarabangsa untuk kesemua pembelian anda! (Psst … itu juga merupakan cara yang baik untuk memastikan tiada siapa yang tahu bahawa anda adalah seorangs shopaholic. Rahsia anda selamat dengan kami 😉)

Berapa banyak yang perlu saya bayar untuk menggunakan Buyandship?

Caj perkhidmatan penghantaran kami berdasarkan berat bungkusan. Hantar pembelian luar negara ke Malaysia untuk harga RM18 per paun (lbs) yang berpatutan*.

Untuk menjadi ahli Buyandhip PERCUMA – tiada yuran keahlian! Dan yang terbaik, anda akan menerima kredit penghantaran 10 PERCUMA (bernilai RM10) sebaik sahaja anda melengkapkan pendaftaran anda! Daftar sekarang untuk menikmati faedah ini dan membeli-belah online di luar negara lebih mudah.

* Berkenaan untuk semua negara kecuali China dan Hong Kong, di mana yuran penghantaran adalah RM15 per paun (lbs).