Tips Membeli-belah Buyandship: Gudang Luar Negara

Membeli-belah secara online di luar negara boleh memberi ganjaran dan tekanan pada masa yang sama, terutamanya jika anda membuat pembelian dari pelbagai negara. Caj penghantaran antarabangsa makin bertambah, tetapi baki bank anda tidak padan dengan pembelian anda.

Sebelum anda putus asa, Buyandship boleh menolong anda untuk membeli-belah di luar negara dengan lebih mudah dan lebih mesra untuk dompet anda.

Apabila anda mendaftar dengan Buyandship, anda akan mendapat akses kepada semua sembilan – ya, anda membaca dengan betul – gudang luar negara kami, yang meliputi kebanyakan destinasi membeli-belah utama. Ini termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Itali, Jepun, Korea, Thailand, China dan Hong Kong! Log masuk ke akaun Buyandship Malaysia anda, dan anda akan dapat alamat di Pusat Ahli anda.

Tetapi bagaimana saya nak menggunakan semua alamat itu?

Setiap gudang kami mempunyai alamat tetap yang boleh digunakan oleh Ahli Buyandship semasa mereka membeli-belah secara online di luar negara. Apa yang anda perlu lakukan adalah menentukan gudang mana yang paling dekat dengan lokasi kedai online itu. Sebagai contoh, jika anda membeli-belah di Amazon Japan, anda akan menghantar pembelian anda ke gudang Jepun kami.

Dan jika anda membeli-belah di AS, hantarkan pembelian anda ke gudang kami di Portland, Oregon. Sekiranya anda tidak tahu, anda perlu membayar antara 2.9% dan 7.25% cukai jualan di kebanyakan negeri(states) di AS. Anda tidak akan dikenakan apabila anda menghantar pembelian anda ke gudang AS kami kerana Oregon adalah negeri/kawasan bebas cukai! Anda boleh menggunakan simpanan itu untuk pembelian untuk seterusnya – woo hoo! 😎

Penafian: Kami mengesyorkan untuk pembelian anda dihantar ke gudang yang terletak di negara yang sama dengan peruncit / penjual anda untuk mengelakkan isu-isu seperti cukai import rentas sempadan. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan duti kastam dan yuran yang dikenakan dan / atau ditolak oleh negara destinasi.

Selepas pesanan anda diisytiharkan dan dihantar ke mana-mana gudang antarabangsa kami, Buyandship akan secara automatik menghantarnya ke gudang utama kami di Hong Kong sebelum penghantaran terakhir ke depan pintu anda. ( 🤫 Psst … Hong Kong juga bebas cukai, jadi anda tidak akan dikenakan caj tambahan dari penghantaran automatik ini.)

Apabila tiba di Hong Kong, bungkusan anda akan ditimbang, dan anda akan menerima pemberitahuan e-mel sebaik sahaja penghantaran anda sedia untuk dihantar ke lokasi pilihan anda di Malaysia.

Worldwide Shipping - Overseas Warehouses

Untuk menghantar penghantaran anda ke Malaysia, anda mempunyai pilihan untuk menyatukan bungkusan anda dari beberapa negara (jika diperlukan) ke dalam satu pakej tunggal. Paling penting, yuran servis kami berasaskan berat!

Sebaik sahaja anda menyatukan penghantaran anda, buat pembayaran untuk perkhidmatan penghantaran kami ke Malaysia dan itu sahaja! Pakej anda akan dihantar segera kepada anda. Senang kan?

lightbulb-03Dunia telah menjadi lebih besar untuk ahli Buyandhip kami.