Tips Membeli-belah Buyandship: Saya telah membuat pembelian; apa yang perlu saya buat seterusnya?

Buyandship memberikan anda akses ke gudang luar negara kami yang membolehkan anda menikmati kadar penghantaran antarabangsa yang berpatutan! Apa yang perlu anda lakukan ialah memilih alamat gudang terdekat ke kedai online anda. Tetapi apa yang berlaku selepas itu?

Selepas menerima nombor penjejakan dan butiran penghantaran kurier dari penjual, anda perlu mengisytiharkan penghantaran anda di Pusat Ahli anda.

⚠️ Sila isytiharkan pembelian anda sebelum tiba di gudang luar negara. Anda mungkin mengalami kelewatan kerana bungkusan yang tidak diisytiharkan tidak akan dihantar ke Hong Kong.

Di Pusat Ahli anda, pergi ke Pengurusan Hantaran dan pilih “Tambah Penghantaran Baru“. Isikan butiran yang relevan dan serahkan kepada sistem kami. Ini akan membantu gudang-gudang kami untuk mengetahui apa yang ada dalam perjalanan, dan seterusnya, mempercepatkan proses daftar masuk bungkusan!

Setelah penghantaran anda telah tiba dan berjaya didaftar masuk, anda akan menerima e-mel pemberitahuan automatik. Anda tidak perlu berbuat apa-apa kerana penghantaran anda akan secara automatik dihantar ke gudang pusat kami di Hong Kong.

Masih tidak tahu macam mana nak declare? Jom tengok tutorial video ni!