Perbandingan Harga: Membeli-belah Online VS Dalam Kedai

Sememangnya membeli-belah online telah membuat kehidupan kita lebih mudah! Mana tidaknya, korang tidak perlu bersusah-payah untuk menukar baju tidur korang atau keluar dari rumah korang tu pun untuk membeli sesuatu! Segala-galanya ada di hujung jari anda sahaja. Dan satu lagi bonus ialah korang juga tak payah angkat berplastik-plastik beg ‘shopping’ yang banyak tu. Amboi syoknya! 😝

 

Tetapi ada beberapa situasi di mana korang terpaksa juga pergi ke pusat membeli belah dengan sendirinya untuk membuat perbandingan harga. 

Buyandship Malaysia juga melakukan perkara yang sama dari semasa ke semasa. Kami akan pergi ke kedai fizikal untuk melihat apa yang dipamerkan dan lihat harga tempatan yang mereka tawarkan.  🤫

 

Tips pro daripada kami khas untuk semua Kaki Shopping:

  1. Apabila korang membeli-belah secara fizikal, luangkan masa untuk melakukan penyelidikan secara on-the-go! Ini akan membantu anda mengurangkan pembelian secara impulsif, serta menjimatkan wang!
  2. Berikan perhatian kepada butiran produk dan harga tempatan yang ditawarkan. Cari alternatif online jika ada! Korang boleh dapatkan tawaran yang lebih baik secara online daripada membelinya di kedai. Selalunya harga yang ditawarkan di kedai online luar negara jauh lebih murah berbanding di negara sendiri
  3. Pastikan juga sama ada gedung online luar negara ada menawarkan sebarang servis penghantaran domestik percuma ke mana-mana gudang Buyandship. Dengan cara ini, anda hanya perlu membayar yuran penghantaran kami sebanyak RM18 / lbs ke Malaysia!

 

Tak percaya? Berikut adalah beberapa Perbandingan Harga yang telah kami buat baru-baru ini di antara harga tempatan dan harga luar negara! Korang boleh mendapat penjimatan sehingga 67%, termasuk sekali dengan kos penghantaran Buyandship. Hebat bukan?