Perbandingan Harga: Cara Lain untuk Berjimat-cermat Apabila Berbelanja Online!

Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan lebih banyak nilai semasa korang membeli-belah online daripada laman web luar negara! Selain daripada menggunakan perkhidmatan Buyandship untuk semua keperluan penghantaran antarabangsa korang, korang juga boleh menggunakan platform lain seperti aplikasi cashback dan kupon setiap kali korang membeli-belah.

Online shop lebih “menguntungkan”

Menggunakan perkhidmatan cashback dapat membantu korang mendapatkan kembali wang yang dibelanjakan untuk berbelanja lagi. Namun begitu, ia bukanlah proses penjimatan segera kerana kebanyakan platform cashback memerlukan sedikit masa untuk menjejaki dan mengesahkan transaksi korang dengan rakan e-dagang mereka. Kadar cashback pula bergantung kepada laman web dimana korang berbelanja. Selain itu, platform cashback yang berbeza juga mempunyai kadar yang berbeza untuk laman web yang sama. Oleh itu, korang perlulah memastikan yang korang membandingkan dahulu laman web mana yang menawarkan peratusan cashback yang terbaik!

Laman web Cashback seperti ‘ShopBack ’ dan ‘Milkadeal ’ sangat popular dalam kalangan pembeli-pembeli online di Malaysia, sama ada untuk laman web e-dagang tempatan mahupun antarabangsa. ‘Boost’, salah satu aplikasi e-Wallet Malaysia yang terkemuka, juga mempunyai perkhidmatan cashback yang dipanggil “CashUp”. Pilihannya, bagaimanapun, sangatlah terhad.

Kalau korang berminat untuk mendapatkan cashback dalam nilai Dolar AS, terdapat juga Rakuten (dahulunya lebih dikenali sebagai Ebates)! Untuk menjadikan hidup korang lebih mudah, jangan lupa untuk memuat turun sambungan Google Chrome ShopBack dan Rakuten cashback. Sambungan tersebut akan segera memberitahu korang sama ada kedai membeli-belah online pilihan korang mempunyai cashback dan promo ataupun tidak.

‘Kuponing’ Secara Melampau, Sini Kami Datang!

Satu lagi cara untuk memastikan korang mendapatkan nilai terbaik ialah mencari kupon atau kod diskaun. “Saya tidak mahu mendapatkan lebih banyak simpanan apabila saya membeli-belah online,” serius tiada siapa pun yang panjang akalnya akan berkata macam ni. Kadang-kadang kedai online sedikit licik dan tidak mengiklankan atau mempamerkan sebarang kod promo.

Oleh itu, korang kena rajin-rajinkan diri untuk menyemak laman web kupon seperti Retailmenot, Rakuten dan Finder.com untuk mendapatkan ‘updates’ harian mengenai kod promo ke laman membeli-belah yang popular! Ia bukan sahaja untuk AS; Finder.com juga mempunyai laman web setempat untuk negara lain seperti UK dan Australia !

Korang juga boleh menggunakan sambungan Google Chrome seperti Honey untuk “mengotomatisasi” carian kod promo. Muat turun sambungan ini dan biarkan ia melakukan magiknya yang tersendiri semasa anda membeli-belah di laman web yang mempunyai tawaran istimewa! Ia sangat menjimatkan masa untuk mencari tawaran, dan memberikan korang peluang untuk menumpukan fokus kepada perkara yang lebih penting: mendapatkan tawaran terbaik dengan meng-klik butang!