Tips Beli-belah Buyandship: Konsolidasi Penghantaran

Membayar kos penghantaran antarabangsa yang banyak untuk pelbagai bungkusan berbeza merupakan sesuatu yang sangat menjengkelkan bagi seorang kaki shopping online. Kosnya akan menjadi berlipat kali ganda dengan mudah sekali dan harganya akan menjadi sangat mahal jika dilihat dalam jangka masa panjang.  Sesetengah kedai luar negara menawarkan kos penghantaran antarabangsa yang berpatutan, dan ada juga yang mungkin menawarkan penghantaran percuma ke seluruh dunia dengan pesanan minimum. Tetapi apa yang akan berlaku sekiranya korang tidak mempunyai pilihan ini?

Dengan Buyandship, ini adalah sesuatu yang korang tidak perlu risaukan lagi. 

Hantar pembelian luar negara korang ke gudang luar negara terdekat kami (kami mempunyai 9 daripadanya), dan mereka akan dimajukan secara automatik ke gudang Hong Kong kami sebelum korang boleh mengatur penghantarannya ke Malaysia.

Korang akan menerima e-mel daripada Buyandship apabila bungkusan korang telah tiba di gudang Hong Kong kami. Dari sana, korang boleh memilih sama ada hendak menghantar bungkusan korang secara berasingan atau menggabungkannya menjadi satu bungkusan!

Kenapa saya harus gabungkan bungkusan?

Salah satu kelebihan menggabungkan bungkusan korang ialah korang dapat MEMAKSIMAKAN kos penghantaran korang dengan Buyandship. Katakan korang mempunyai TIGA bungkusan yang tersimpan di gudang Hong Kong kami, masing-masing dengan berat 1.2 kg, 1.3 lbs dan 2.5 lbs.

Secara amnya, kos penghantaran akan dikira berdasarkan bungkusan korang yang telah digabungkan, tetapi harus diingati bahawa Buyandship akan bundarkan ke paun yang seterusnya untuk mendapat tahu berapa berat yang dikenakan caj. Jika korang memilih penghantaran bungkusan secara individu, korang akan membayar RM126 (7 lbs)!

Dengan menggabungkannya, di sebalik membayar berat untuk tiga bungkusan individu, dapatkan penjimatan yang lebih banyak apabila korang menggabungkannya menjadi satu dan membayar hanya untuk 5 lbs – korang akan menjimatkan RM36! Selain itu, pakej boleh disimpan di gudang Hong Kong selama 30 hari, memberikan korang masa yang mencukupi untuk menggabungkan bungkusan korang.

Jadi, bagaimanakah cara-caranya untuk saya menggabungkan bungkusan saya di Buyandship?

Korang akan menerima e-mel dari Buyandship sebaik sahaja bungkusan korang tiba di gudang pusat kami di Hong Kong. Ikuti pautan dalam e-mel, atau log masuk ke akaun Buyandship korang untuk mengakses Pusat Ahli.

Untuk menyemak apa yang telah sampai untuk penghantaran ke Malaysia, pergi ke “Pengurusan Hantaran” dan pilih “Diterima Gudang HK” – butiran pakej korang berserta dengan beratnya akan dipaparkan di sana. Pilih bungkusan mana yang korang ingin bawa keluar dari gudang Hong Kong kami, pilih alamat penghantaran, buat pembayaran dan setel!

Bunyinya agak rumit? Berikut ialah video tutorial tentang bagaimana korang boleh menggabungkan bungkusan korang di Buyandship!