Panduan Membeli-belah: 6pm

Kalau korang memang kaki shopping nombor satu online, korang mungkin terbiasa dengan satu kedai fesyen yang bernama 6pm! Kedai ini menjual rangkaian FESYEN BERDISKAUN online yang TERBAIK sejak daripada tahun 2007 lagi. Syarikat ini sebenarnya lebih dikenali sebagai adik beradik kepada syarikat Zappos!

6pm merupakan kedai idaman bagi semua kaki online shopping, dan juga rumah kepada lebih daripada 1,300 jenama seperti Coach, Kate Spade, Tory Burch, Cole Haan dan Fossil . Paling syok, korang boleh menjumpai pelbagai barangan berjenama dengan harga diskaun tau – kadang-kadang potongan harga boleh mencapai setinggi 90% daripada harga retail!

P/s: Rangkaian produk di sini mungkin bukan yang terkini dan paling hebat, tetapi siapa je yang takkan tewas bila ternampak tawaran yang hebat-hebat belaka daripada jenama yang terkenal bukan? Betul tak? 😎

 


Pilihan Terbaik Buyandship daripada 6pm!

 Boss Buys

  • Memilih baju apa korang nak pakai hari-hari untuk bekerja merupakan sesuatu perkara yang sangat menyeksakan! Kadang-kadang nak pilih baju sahaja sudah mengambil masa selama sejam dua. Balik-balik pakai baju yang sama juga? Jangan risau! 6pm menawarkan pelbagai pilihan pakaian kerja untuk wanita berkerjaya seperti korang! 
  • Kebanyakannya berasal daripada jenama-jenama yang sangat TERKENAL seperti Kate Spade New York, London Times, Steve Madden serta banyak lagi! Korang pasti akan pergi ke kerja kelihatan sangat ANGGUN dan BERGAYA dari hujung kepala sampai lah ke hujung kaki. Belilah Pakaian Wanita Berkerjaya sekarang!

Walking the Walk

  • 6pm mempunyai banyak kasut yang berpatutan dan berkualiti tinggi untuk dipilih, sesuai untuk SETIAP acara.
  • Ia bukan hanya untuk wanita, lelaki juga boleh mencari kasut yang dapat memenuhi segala keperluan mereka. Carilah kasut yang sesuai dengan korang di Stail Kasut lelaki Wajib Ada!

Bejeweled and Beautiful

  • “Don’t theorise, accessorise!” merupakan ungkapan popular daripada sebuah komersial Bratz pada tahun 2000-an yang pernah terkenal suatu ketika dahulu! Memakai aksesori dapat melengkapkan seluruh imej korang kerana ia membuatkan korang nampak kemas dan cantik!
  • Kalau korang tak tahu dekat mana nak beli aksesori terkini yang ranggi dan comel, jangan risau! 6pm ada di sini untuk membantu! Mereka mempunyai pelbagai aksesori yang sangat cantik dan murah untuk meng-glamour-kan lagi pakaian korang. Korang pasti takkan lepaskkan peluang bernas ini!

Baggin’ It

  • Beg (khususnya BEG TANGAN) boleh diibaratkan seperti kawan-kawan korang! Beg banyak? Tak ada hal lah!
  • Pilih dari jenama kegemaran korang seperti Kate Spade, Tory Burch, Fossil dan Tommy Hilfiger dan dapatkan reka bentuk kegemaran korang sekarang untuk menikmati tawaran hebat daripada 6 pm.

TUTORIAL SHOPPING 6PM

LANGKAH 1: Daftar sebagai ahli Buyandship terlebih dahulu, supaya korang boleh mengakses alamat gudang AS Buyandship!

LANGKAH 2: Layari 6pm.com dan klik “Log In” atau “Register” (seperti yang ditunjukkan di bawah) di sebelah kanan atas, kemudian isikan maklumat itu untuk melengkapkan log masuk.

6pm Shopping Tutorial

LANGKAH 3: Mulakan berbelanja!

LANGKAH 4: Setelah meletakkan barangan yang korang kehendaki ke dalam troli membeli-belah untuk checkout, gunakan alamat gudang AS Buyandship sebagai destinasi penghantaran korang. Hanya “copy dan paste” sahaja alamat dari Pusat Ahli Buyandship.

LANGKAH 5: Pilih kaedah pembayaran korang. 6pm hanya menerima pembayaran kad kredit/debit dan menerima alamat bil dari luar negara.

LANGKAH 6: Pilih kaedah penghantaran korang. Korang boleh menikmati penghantaran percuma “3-5 Penghantaran Hari Bekerja” dengan pesanan sebanyak AS$50 dan ke atas. Klik “PLACE YOUR ORDER” apabila korang telah menyemak dan memuktamadkan butiran korang.

LANGKAH 7: Sebaik sahaja pesanan korang telah disahkan dan diproses, korang akan menerima butiran penjejakan daripada 6pm. Pastikan korang mengisytiharkan bungkusan korang di Pusat Ahli Buyandship supaya kami tahu apa yang berada di dalam perjalanan!