Pengumuman: Sekatan Penghantaran yang Mengandungi Topeng Muka di Negara Terpilih

⚠️ Perhatian kepada ahli-ahli Buyandship ⚠️

Korea Selatan dan Thailand telah mengeluarkan sekatan rasmi terhadap eksport topeng pembedahan/muka. Semua penghantaran yang ditujukan kepada atau datang dari gudang Korea atau Thailand yang mengandungi barang-barang tersebut akan ditolak secara automatik oleh gudang-gudang luar negara yang terpilih ini.

Bungkusan ke gudang Thailand dan Korea Selatan perlu dijelaskan kandungannya untuk mengelakkannya daripada  ditolak semasa ketibaan barangan tersebut. Oleh itu, Buyandship sangat menasihati pelanggan untuk berhubung dengan penjual untuk mengisytiharkan kandungan pembelian korang dengan tepat untuk memudahkan proses tersebut.

Untuk barangan yang telah dipesan tetapi masih belum dihantar, sila hubungi penjual dan BATALKAN pesanan korang dengan serta-merta!

Terdapat juga peningkatan dalam bungkusan yang mengandungi barangan sekatan yang tiba di gudang-gudang luar negara kami. Sila ingat bahawa produk aerosol dan semburan, serta cecair mudah terbakar seperti peluntur, minyak wangi, minyak pati dan agen pembersih adalah DILARANG SAMA SEKALI. Produk berasaskan alkohol juga dilarang. Ini termasuk tisu basah dan cecair sanitari.

JANGAN hantar mana-mana barang larangan ini kerana ianya boleh menyebabkan lebih banyak penangguhan. Ia juga boleh membawa kepada bungkusan korang dibuang.

Terima kasih atas kerjasama dan sikap bertimbang rasa korang. Kami benar-benar memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.