⚠️ 【Kemaskini Gudang Buyandship】28 Februari 2020

🇯🇵 Jepun :

Semua penghantaran laut telah tiba di Hong Kong. Semua penghantaran yang disimpan dan diterima selepas 14 Februari telah dihantar terus ke gudang kami untuk diproses seperti biasa.

Pemprosesan akan mengambil masa yang lebih lama untuk penghantaran yang disimpan dengan Yamato (Black Cat) dan dengan Ketolec kerana terdapat beberapa rekod penghantaran yang disimpan tidak tepat. Sekiranya korang menerima status penghantaran dari penjual yang menyatakan bahawa penghantaran telah dihantar sebelum 14 Februari, sila berikan kami sedikit masa untuk mengemas kini, kerana tenaga dan ruang kami sangat terhad, dan ia akan diproses secara automatik di Hong Kong. Dengan penghantaran yang disimpan secara berasingan, kami tidak dapat melihat penghantaran mana yang diterima terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, kami sedang berusaha untuk memproses penghantaran, terutama dari Katolec dan Yamato untuk keluar secepat mungkin. Kami berharap untuk dapat menyelesaikan pemprosesan kandungan 19 kontena ini pada 13 Mac.

Kami belum terjejas lagi, tetapi sila harap maklum bahawa terdapat penurunan penerbangan (kargo dan penumpang) masuk dan keluar dari Jepun, disebabkan oleh peningkatan kes Covid-19 di Jepun. Sekarang ini, kami sedang menerima kira-kira 2000 penghantaran dari gudang Jepun kami, jadi, sila elakkan daripada menggunakan gudang Jepun kami buat masa terdekat supaya kami dapat memproses penghantaran yang sedia ada.

🇺🇸 United States: 

Setakat ini, kami sedar bahawa penghantaran yang paling terjejas ialah yang tiba di antara 4 Feb – 8 Feb. Walaupun kira-kira 100 palet telah tiba di Hong Kong pada minggu ini, masih terdapat kira-kira 40 palet yang masih berada di Anchorage atau Oakland sedang menunggu untuk dibawa keluar daripada Amerika Syarikat. Walaupun kami telah mencuba untuk membayar dengan lebih banyak, masih tiada ruang untuk membolehkan penghantaran bergerak. Walau bagaimanapun, kami terus berusaha keras untuk mendapatkan ruang yang cukup untuk dihantar ke Hong Kong pada awal minggu depan.

Sebaik sahaja penghantaran tiba di Hong Kong, kami akan memproses melalui penghantaran yang tiba sebelum 16 Feb, penghantaran ini akan diberi keutamaan untuk diproses. Penghantaran yang tiba selepas 17/2 hanya akan diproses kemudian. Kami sangat menghargai kesabaran korang mengenai perkara ini.

🇭🇰 Hong Kong : 

Kami telah mengupah 30 lebih pekerja separuh masa untuk membantu kami mengurangkan beban kargo yang diterima. Kami harap ini akan membantu kami untuk mempercepatkan proses.

🇬🇧 United Kingdom : 

Terdapat peningkatan yang banyak dalam harga kargo penerbangan udara. Oleh sebab itu, kami tidak dapat menghantarnya pada hari ini. Kami akan terus menghantar penghantaran korang pada minggu depan, tetapi buat masa sekarang, ia kelihatan seperti keadaan boleh menjadi semakin buruk. Dijangka akan ada sedikit kelewatan bagi penghantaran dari gudang UK, atau elakkan daripada menggunakan gudang UK untuk penghantaran yang penting.

🇰🇷 Korea:

Minggu ini, kerajaan Korea telah mengharamkan pengeksportan produk kesihatan seperti topeng muka dan sanitari tangan. Sila jangan hantar produk ini melalui gudang Korea kami kerana kami tidak dapat menghantarnya. Jika ada, kami meminta kerjasama korang semua untuk membatalkan pesanan korang. Barang-barang yang sudah ada di gudang kami hanya akan diproses setelah sekatan itu dibatalkan. Kami memohon maaf atas kesulitan tersebut.

🇹🇭 Thailand:

Peningkatan penghantaran topeng telah melambatkan masa pemprosesan kami, hal ini kerana rakan-rakan kami di gudang Thailand telah terjebak dengan usaha memisahkan item-item larangan daripada bungkusan penghantaran. Walau bagaimanapun, kami masih berusaha untuk perkara dan jika korang terjejas, kami amat menghargai kesabaran korang pada saat-saat genting ini.

🇦🇺 Australia: 

Penerbangan (Kargo dan Penumpang) sedang dikurangkan jadi harga lebih tinggi daripada biasa. Kami akan meneruskan usaha kami sebaik yang mungkin namun, kami menasihatkan korang agar tidak menggunakan gudang Australia untuk penghantaran yang penting.