Jangkaan semasa menunggu penghantaran

Tak apa, Kami faham. Perkara biasa untuk kita semua gelabah menunggu detik penghantaran bungkusan. Tersirat di dalam hatimu, kan Best kalau klik je, terus dapat dah.

Tapi kenyataannya, kita tetap kena bersabar menunggu bungkusan kita (ingat, sabar itu separuh dari iman). Kami akan cuba menenangkan fikiran anda dengan menerangkan step-by-step apa akan berlaku dalam proses penghantaran.

Apabila anda sudah mengisytihar bungkusan, anda hanya perlu goyang kaki dan jejak bungkusan anda dari sistem jejak dan kesan yang tersedia.

Persoalan utama adalah “Berapa lama agaknya nak sampai Hong Kong HQ?”!

Amerika Syarikat ke Hong Kong

Dalam 4-6 hari selapas sampainya di Gudang Amerika Syarikat.

Penghantaran akan dilakukan 5 kali seminggu, pada hari-hari sedemikan: Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu.

UK ke Hong Kong

Dalam 4-6 hari selapas sampainya di Gudang United Kingdom.

Penghantaran akan dilakukan 2 kali seminggu, pada hari-hari: Selasa dan Jumaat.

Jepun ke Hong Kong

Dalam 2-4 hari selapas sampainya di Gudang Jepun

Penghantaran akan dilakukan 5 kali seminggu, pada hari-hari sedemikan: Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu.

Korea ke Hong Kong

Dalam 2-3 hari selapas sampainya di Gudang Korea

Penghantaran akan dilakukan 5 kali seminggu, pada hari-hari sedemikan: Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat.

Jangan lupa untuk semak Spambox/Junk Mail anda untuk pengesahan emel anda melalui link. Ini akan membenarkan anda menjejak setiap gerak-geri bungkusan anda dengan senang melalui sistem notifikasi kami yang akan sering memberitahu anda status-status penghantaran bagi setiap peringkat penghantaran.