Simple seperti ABC

Bestnya dapat beli-beli barang dari luar negara tanpa merisaukan caj penghantaran antarabangsa yang mahal belaka. BuyandShip pula bukan sahaja menawarkan caj penghantaran serendah RM10/lb tapi bagi juga lagi kredit penghantaran secara percuma. Kita tak tipu kan? Betul best!

Mungkin selepas sudah proses membeli-belah, dah isytihar (declare) dah pun pembelian anda, tetapi anda seperti keliru sedikit apa yang perlu dilakukan selanjutnya,

Jangan risau, BuyandShip akan menerangkan kepada anda, step-bye-step apa yang perlu dilakukan dan akan berlaku semasa proses penghantaran bungkusan anda, berperingkat.

KETIBAAN BUNGKUSAN DI GUDANG LUAR NEGARA
Selepas pengisytiharan bungkusan, anda akan menerima emel berkandungkan informasi bungkusan penghantaran anda. Apabila, bungkusan tiba di gudang luar negara kami, anda akan mendapat notifikasi untuk setiap peringkat penghantaran.


BUNGKUSAN SEDIA UNTUK DISATUKAN
Ini adalah proses penyatuan bungkusan. Anda mempunyai dua pilihan, iaitu memilih untuk
– menyatukan bungkusan anda (tidak perlu lakukan apa-apa, hanya perlu tunggu untuk kesemua bungkusan sampai dan kemudian, tanda pada semua kotak-kotak bungkusan untuk pengiraan berat penghantaran)

-Mempunyai hanya 1 (SATU) bungkusan (tanda pada kotak untuk terus ke proses pengiraan berat bungkusan dan penghantaran)

*Ini adalah proses di mana anda perlu membuat bayaran penghantaran

PENGHANTARAN TERUS KE ANDA
Proses ini, anda hanya perlu menunggu untuk bungkusan dihantar ke alamat penghantaran. Detik-detik penting ini, lebih menarik kerana anda sama sekali tidak perlu membayar caj penghantaran tempatan keran caj RM10/lb yang dikenakan adalah termasuk dengan semua caj-caj yang lain.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi kami.