Must Have for Hijabistas

8 tahun yang lalu, pasaran fesyen muslimah amat terhad. Bahkan Malaysia boleh dikatakan hanya baru menular dalam industri fesyen Muslimah sejak kebelakangan ini. Ramai yang baru membuka mata dan mengambil serius fesyen Muslimah dengan lebih mendalam. Perluasan kuasa pemakaian Muslimah atau sopan ini bukan sahaja menular di Malaysia, bahkan industri fesyen Antarabangsa juga sudah mula bergerak ke arah busana khusus untuk wanita Muslimah.

Terdapat jenama-jenama yang terkenal mula mengeluarkan koleksi khusus untuk pasaran wanita Muslim yang mendambakan sentuhan lebih sopan. Jadi jangan pernah fikir wanita berhijab tidak boleh berfesyen.

Antara item kekunci yang kini boleh didapati di mana-mana jenama yang berkualiti dengan memuaskan sifat wanita Muslimah adalah Outerwear. Ini merupakan item kunci yang tampil sopan dan bergaya. Mungkin dengan hanya mengayakan skinny jeans dan blaus, t-shirt atau kemeja bersama outerwear, ia dapat memberikan pemakaian yang lebih ke arah wanita muslimah.

Jika outerwear bukan pilihan anda, anda juga boleh mengayakan rekaan bold ataupun seluar longgar sebagai titik tumpu gaya. Untuk tampilkan pesona lebih menarik, seluar longgar ini boleh digayakan dengan pelbagai jenis ‘top’ mengikut mood anda; Casual or Dressed Up. Seluar ini yang mendambakan statement wear, tetapi juga bersifat modest. Sesuai untuk muslimah yang tidak gemar berpakaian begitu ketat.

Antara aksesori yang boleh menyempurnakan OOTD anda adalah Statement Bag yang bukan sahaja standout tetapi juga boleh dipadankan dengan banyak OOTD adalah Rotan Bag. Bag rotan dari Urban Outfitters ini adalah antara yang termurah di pasaran dengan rona warna yang lebih unik dan rekaannya yang dibuat dari buatan tangan menjanjikan kualiti yang pasti.