Gigi Hadid x Maybelline New York

Gigi Hadid lahiran California, Amerika Syarikat melonjak ke industri peragaan dan feseyen semuda umur 2 tahun sebagai model ditemui oleh Paul Marciano, dari Guess untuk Baby Guess. Gigi Hadid juga tidak ketinggalan menjadi sebutan ramai tahun demi tahun dengan cara hidupnya yang mewah dan dikelilingi juga dengan orang-orang yang popular dan berpengaruh. Bukan itu sahaja, Zayn Malik iaitu teman lelaki Gigi Hadid turut menjadi sebab populariti Puteri Hadid ini tidak pudar. Tetapi tidak dinafikan kariernya sebagai model antarabangsa yang juga sudah memenangi dan dinobatkan sebagai supermodel antarabangsa menjadi keunggulannya.

Gigi x Maybelline New York menyertakan dua inspirasi makeup, iaitu EAST COAST GLAM dan WEST COAST GLOW yang dinspirasi oleh kota New York dan Los Angeles, dimana Gigi selalu menghabiskan waktu. Antara membesar mahupun bersosial.

Kosmetik berkonsep travel kit ini merupakan edisi berbatas yang terdiri dari dua pilihan warna concealer, dua opsi lip balm, empat palet eyeshadow, satu shade pemulas pipi, satu shade matte bronzer, satu highlighter, dan maskara ikonis, Volum’ Express The Colossal Mascara. Tidak ketinggalan adalah Gigi Hadid Liquid Strobe yang berwarna Iridescent. Highlight-nya begitu membaur pada kulit dan terlihat glowing natural.

Dapatkan koleksi yang tidak boleh didapat lagi di Malaysia di HQHair UK, koleksi Gigi x Maybelline New York adalah edisi terhad jadi jangan ketinggalan. Daftar bersama kami untuk menikmati penghantaran antarabangsa serendah RM10/lb.