Designers Guild x Christian Lacroix Masion Sale Alert!

Designers Guild ditubuhkan dari 20 tahun yang lepas menakluki dunia perhiasan dan perlengkapan deco rumah. Designers Guild menjadikan suasana dalaman rumah anda lebih selesa dan ideal untuk kediaman seisi keluarga. Telah menjadi titik inspirasi buat ramai Interior Designers seluruh dunia untuk mengubah kediaman rumah.

Pada tahun 2011, Designers Guild telah berkolaborasi dengan antara jenama yang ternama Christian Lacroix Maison. Jenama yang mempunyai kehebatan dalam rangkaian kepelbagaian dalam rekaan dan material fabrik yang dihasilkan untuk padanan rekaan. Koleksi rekaan kolaborasi ini diinspirasikan oleh cara hidup ikonik kerabat diraja Eropah dan kreativiti terpupuk dalam imej Christian Lacroix Maison. Setiap rekaan yang direka menceritakan sesuatu yang unik dan mencetus rasa ingin tahu terhadap setiap cerita yang disampaikan melalui rekaan.

Dapatkan rekaan edisi terhad ini dari Designers Guild UK x Christian Lacroix Maison dengan penghantaran antarabangsa serendah RM10/lb. Anda akan juga dapat menikmati tawaran harga di Designers Guild. Tawaran ini tidak patut dilepaskan!