Summer Vibes Edisi Lelaki

Pernahkah anda terasa seperti di Malaysia satu tahun lamanya ‘Summer vibes’. Tetapi selalunya kalau hendak membeli dari jenama luar negara mesti harus menunggu musimnya yang sesuai. Jikalau tidak, koleksi yang dikeluarkan berfokus kepada musim-musim sejuk luar negara. Frust-nyalah kalau macam tu. Tu yang ada pakai juga leather jacket dekat Malaysia ni, walaupun panasnya ya ampun.

Sukacita dimaklumkan, sekarang ini adalah musim Summer, di UK dan USA! wee, anda tidak perlu berduka lagi kerana sekarang koleksi-koleksi adalah bertumpukan musim panas, sesuai untuk peragaan di Malaysia. Kami di BuyandShip memperkenalkan jenama dari UK iaitu, River Island. River Island diperagakan oleh banyak orang-orang ternama Hollywood kerana kualiti dan juga rekaannya yang sentiasa mengikut trend semasa.

Dapatkan kelainan dari peragaan-peragaan di Malaysia dengan membeli terus dari UK, tanpa penat mengeluh mengeluarkan duit yang banyak untuk caj penghantaran antarabangsa. BuyandShip Malaysia menawarkan harga caj penghantaran serendah RM10/lb. Anda hanya perlu daftar untuk mendapatkan alamt gudang luar negara.