Jenama-Jenama Taobao – Edisi 11.11 Sale

Pada 11 November tepat pukul 00:00, Mega Sale 11.11 akan dimulakan di pasaran Taobao (world.taobao.com) ataupun Taobao Mobile. Selain dari tawaran-tawaran hebat sebanyak 50% di Taobao, anda juga boleh menikmati lebih banyak penjimatan dengan menggunakan promo-promo kod dan tawaran hebat dari pelbagai kategori dari Tmall(1111.tmall.com). Antara tawaran yang menarik dari Tmall (1111.tmall.com) adalah promo kod dan juga penghantaran percuma! Jadi jangan lepaskan peluang ini.

Tidak berdalih lagi, pembelian dari Taobao harus dimulakan terlebih dahulu sebelum tawaran hari 11.11 untuk proses pembelian yang lebih lancar, Window Shopping gitu. Ini adalah jenama-jenama yang popular dari Taobao untuk wanita.

Satu perkara yang kita boleh pelajari dari pasaran Taobao adalah ia sebuah platfom yang menaikkan nama-nama selebriti. Antara selebriti adalah Cherie Zhu Chenhui, menubuhkan sebuah jenama peragaan wanita, Chin Studio pada tahun 2011 dengan rakan karibnya dari Universiti Qian Yufan. Usaha dinamik duo ini, menular di laman sosial dan macam-macam lagi, dengan mengiklankan tawaran-tawaran hebat. Chin Studio kini sudahpun ada menambat hati seramai 8 juta pelanggan dan semakin mengembang.