Koleksi Kylie Cosmetics x Halloween

Kylie Cosmetics ditubuhkan apabila pengasasnya Kylie Jenner menyedari dia sering melalui cabaran untuk mencari warnaan bibir dan pensil bibir (lip liner) yang sama. Selalunya warnaan bibir dan pensil bibir dibuat berlainan dan tidak mengikut rona yang tepat dan sama, Pasti ada sahaja perbezaan dalam rona rekaan.

Selepas menjadi rebutan ramai pada keluaran edisi pertamanya, yang mencetus rekod 30 saat sebelum ‘sold out’, dia memanfaatkan peluang ini untuk mengeluarkan lagi pelbagai kosmetik yang bukan sahaja melambangakan ‘look’ atau personaliti dalam solekkan harian dia tetapi juga sesuai untuk semua rona kulit.

Kali ini, Kylie Cosmetics mengeluarkan edisi Halloween yang merangkumi warna dan rekaan rona yang lebih bold dan gelap untuk mendambakan misteri, dangerous dan sexy! Dapatkan edisi terhad dari Kylie Cosmetics ini terus dari Laman utamanya dan gunakan alamat gudang USA BuyandShip untuk mendapatkan penghantaran tempatan (USA ke USA) percuma dari Kylie Cosmetics dengan pembelian USD $40!