Ellen Degeneres x Walmart USA

Siapa tidak kenal dengan Ellen Degeneres? Dia adalah ikon rancangan Live TV selepas lagenda yang dikenali dan digemari ramai – Oprah Winfrey. Ellen Degeneres adalah contoh seorang yang mempunyai hati yang mulia dan sentiasa ingin menolong dengan apa sahaja yang dia boleh. Bukan itu sahaja, personalitinya juga adalah seperti cahaya dalam bilik yang gelap. Sentiasa gembira dan berjenaka adalah personalitinya dan itu yang menambat hati ramai.

Dengan visinya yang sentiasa ingin menolong orang dan personaliti yang ceria, terserlah dalam rekaan-rekaan koleksi Ellen Degeneres x Walmart. Koleksi ini mendambakan warna-warna yang cerah sebagai perincian untuk mendambakan mesej-mesej yang positif. Positiviti tidak berhenti di situ sahaja, kerana rekaan-rekaan dari koleksi ini ditetapkan pada harga yang sangat berpatutan, hanya USD$3 untuk jeans dan banyak lagi. Untuk penjimatan berganda, anda boleh menggunakan khidmat penghantaran kami dengan menggunakan alamat gudang kami di checkout.

Klik di sini untuk ke laman Walmart- Ellen Degeneres x Walmart