Black Friday Pilihan Pengarang – Edisi Ibubapa

2018 sudah tiba dipenghujungnya dan taniah pada para ibu dan bapa kerana membesarkan anak-anak. Membesarkan anak-anak membuat kita terasa amat bahagia dan memberi ganjaran yang tidak ternilai. Tetapi tidak dinafikan membesarkan anak-anak ini adalah kerja keras dan juga tidaklah murah. Anda kini boleh berjimat lebih lagi dengan pembelian dari platfom-platfom online yang menawarkan harga runtuh dan tawaran hebat sempena Sale Black Friday.

destinasi Go-To kami untuk peragaan anak-anak adalah  Carter’s, kerana mereka menawarkan rangkaian koleksi anak-anak dan harga tiada bandingannya. Sering diberi nasihat supaya ibu bapa jangan kerap membeli baju untuk anak-anak kerana mereka membesar dengan cepat, tetapi apa boleh kita buat jika kita juga suka meragakan mereka dalam pakaian-pakaian yang comel dan sepadan.  Carter’s adalah penyelesaian untuk anda, tidak perlu berkoyak poket untuk peragaan anak-anak lagi kerana mereka menawarkan serendah US$5 = 21MYR!

Jika anda sudah selalu beli dari  Carter’s dan sudah jemu, anda boleh layari Hanna Andersson. Jenama ini dikenali dengan perincian dan kualiti kapas pada pakaian yang tiada tandingan. Walaupun rangkain harga yang lebih mahal, tetapi untuk kualiti kapas yang terbaik, ia amat berbaloi. Untuk tahun lepas sahaja, mereka menawarkan penjimatan sebanyak 25%, dan tahun ini kami mengjangkakan tawaran yang lebih lagi!

Tahukah anda jenama Ralph Lauren juga mempunyai koleksi untuk kanak-kanak? Terutamanya baju Polo dan sweater adalah amat popular dikalangan pembeli.  Ia jauh lebih murah untuk anda membeli dari laman utama USA mereka Ralph Lauren  kerana mereka menawarkan lebih 40% kurangan harga! Anda boleh mendapatkan T-shirt semurah US$4.48 = MYR20 sahaja!

Jika anak-anak anda penggemar karater-karakter dari Disney Channel, dapatkannya dari US Disney Store! Mereka mengeluarkan koleksi dari mainan hingga ke kostum yang comel-comel belaka untuk si kecil. Untuk tahun yang lalu sempena Black Friday  US Disney Store menawarkan lebih 50% harga runtuh dan mungkin untuk tahun ini akan diberi lebih tawaran-tawaran menarik!

Albee Baby adalah destinasi ideal jika anda sedang mencari stroller bayi dan macam-macam lagi! Albee Baby adalah platfom yang mendukung pelbagai jenama tersohor yang kita idam-idamkan. Maclaren Mark II Stroller  hanya pada RM545, manakala harganya di Malaysia sebanyak RM1300! Wow penjimatan di situ, terasa heaven sangat.

Siapa yang tidak kenal dengan jenama dari UK ini: Mothercare! tahukah anda jika anda membeli dari Mothercare UK, penjimatan untuk anda lebih berganda kerana mereka menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Mothercare  menawarkan sebanyak 50% pada tahun lalu, dan dijangkakan anda memberi lebih lagi untuk tahun ini. Anda boleh dapatkan baju serendah £2 = 11MYR!