Black Friday Pilihan Pengarang – Untuk Anak Bulu Anda!

Black Friday adalah Sale yang telah kita nanti-nantikan kita selama ini! Inilah masanya untuk kita beli dengan tawaran-tawaran yang berbaloi untuk bukan sahaja diri kita tetapi juga untuk pasangan kita, ibu, ayah, kakak, adik! Tapi sebentar, macam ada yang kita lupa sahaja.. Oh ya, dan juga si manja bulus kita! Sale ini tidak hanya terhad kepada manusia tetapi juga ada untuk haiwan-haiwan peliharaan kita. Ini adalah beberapa produk untuk si manja kita!

Kebelakangan ini, ia perkara biasa untuk kita travel, tidak kira untuk percutiaan mahupun urusan kerja. Tapi apa akan jadi kepada si manja bulus jika kita tiada? Selalunya kita akan menghantar ke Hotel Kucing tetapi, kalau begitu kerap tidak elok juga. Takut berjangkit apa-apa yang tidak diingini dan membuat si bulus tidak selesa. Kini anda boleh dapatkan  automated feeder by Petnet. Ia membenarkan anda menyukat masa dan had makanan melalui WIFI. Produk ini juga akan merekod berapa banyak makanan yang masih ada lagi dan rekod pemberian makanan seharian. Kini anda tidak perlu risau untuk meninggalkannya di rumah sahaja.

Hmm, Tapi kita juga kadang-kadang rindu dengan si bulus kita semasa kita tiada di rumah. Jangan risau, kami ada penyelesaiannya. Anda boleh mendapatkan  the Furbo Dog Camera. Alat peranti ini membolehkan anda memberi ‘treat’ kepada si manja dengan hanya satu klik dan membolehkan si manja mendengar suara anda!

Satu lagi perkara yang menjadi kepastian adalah sesi dandanan mereka yang sering sahaj sukar untuk kita jalankan. Pasti mereka lari-lari dari kita, jangan begitu lagi kerana anda boleh dapatkan grooming glove  yang membolehkan anda menyikat dan mengusap si bulus dan sekaligus juga mengumpul bulunya itu di sarung tangan tanpa jatuh bersepah-sepah!

Hairball mereka satu hal, kuku mereka pun satu hal yang lain. Kita haru memerikasa dan memotong kuku mereka jika sudah terlalu panjang tetapi ia menjadi satu hal yang mengelisahkan kita kerana jika salah potong, kemungkinan boleh berdarah. Jangan risau, anda boleh mendapatkan  nail grinder. Anda kini tidak perlu lagi rasa gelisah, alat ini selamat digunakan untuk si manja.

Akhir sekali, untuk menceriakan hari-hari kita. Anda boleh dapatkan aksesori-aksesori haiwan dari  Disney pet accessories. Kini si bulus comel dalam kostum-kostum karakter Disney!