Hari Kekasih: Edisi Wanita Tercinta

Hari Kekasih pada 14 Februari akan tiba tidak lama lagi. Kami di BuyandShip mengurangkan pening kepala anda kerana kami sudahpun menyenaraikan hadiah-hadiah supaya anda boleh dapatkannya tepat pada masa! Nikmati pembelian tanpa penat lelah kerana ia mengambil beberapa minit sahaja untuk disempurnakan. Anda beli sahaja seperti biasa dan gunakan alamat gudang kami yang terdekat, pasti Si Dia tersenyum lebar mendapatkan hadiah ini, bukan itu sahaja pasti mereka akan lebih manja dengan anda!


Disney Japan – Koleksi Hari Kekasih 

Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan karakter-karakter Disney kegemaran anda seperti Mickey & Minnie, Winnie The Pooh dan Chip & Dale! Juga mempunyai pilihan dari koleksi patung, mangkuk dan cawan!

 

LINE Japan USB Humidifier

Comelnya karakter-karakter kartun LINE, sekarang boleh didapati dalam bentuk Humidifier. Anda hanya perlu mengisi air dalam gelas dan sambungkan USB kepada komputer riba anda!

 

Neal’s Yard Remedies UK

Produk penjagaan kulit dari UK – Neal’s Yard Remedies sudah mula diasas sejak 30 tahun yang lalu dan masih lagi dipercayai ramai dengan koleksi produk keluaran organik dan semulajadi. Beli terus dari laman utama UK mereka untuk penjimatan berganda!

 

Pandora Charms

Barang kemas adalah antara hadiah yang sangat disukai para wanita, Anda boleh dapatkan Pandora online dengan penjimatan sebanyak 30%, jauh lebih murah dari Malaysia! Classic Bracelet dan Charms serendah £5!

 

Paul Smith UK

Dapatkan potongan harga sebanyak 50% di laman utama Paul Smith UK! Beg tangan, ‘Scarf’, dompet atau card holder yang menarik perhatian anda?

 

ELEVTD US Designer Handbags

Anda pasti pernah dengar jenama US ELEVTD kan? Ini adalah laman yang berganding bahu dengan Shoes.com, tetapi mempunyai perbezaan yang ketrara kerana ELEVTD menjual barangan mewah termasuk Coach, Alexander Wang, Jimmy Choo, Canada Goose dan banyak lagi. Bukan itu sahaja mereka juga memberi tawaran-tawaran istimewa setiap minggu! Wanita mana yang tidak suka handbag, betul tak? 😉

 

UK Online Store for larger bags:My Bag

My Bag dimiliki salah satu platform pembelian online yang terbesar di UK, menawarkan diskaun-diskaun yang menggila pada pilihan-pilihan barangan yang tidak terhingga! Mereka juga mengeluarkan barangan untuk lelaki dan perempuan buat seleksi barangan seperti Beg tangan, jam tangan, kaca mata hitam, topi dan juga aksesori. Platform ini amat digemari para wanita kerana mendukung jenama-jenama tersohor dengan harga yang berpatutan seperti Furla, Michael Kors, Ted Baker, Moschino dan banyak lagi jenama tersohor.

 

Hello Kitty Posture Cushion

Hello Kitty Posture Cushion yang comel ini dapat membantu untuk mengurangkan sakit-sakit belakang dan bagus untuk sokongan belakang anda dalam posisi duduk! Sesuai untuk digunakan dimana sahaja.

 

The Minions – 3D  Lampu Dinding

Lampu Dinding 3D Minions ini akan menceriakan ruangan anda, terutama sekali jika dia adalah peminat minion!

 

Mountain Rose Herbs Organic Products 

Diluluskan oleh US USDA Sijil Organik, Dengan Mountain Rose Herbs anda boleh menikmati vibe kemewahan dan juga diperbuat dari bahan-bahan organik dengan harga yang sangat berpatutan! Keluaran paling laris mereka adalah  minyak pati aromaterapi, produk mandian, minyak pati urut, dan produk penghalau serangga dan macam-macam lagi. Seleksi produk dari jenama ini amat banyak dan pasti tidak menghampakan, lagi-lagi bungkusan yang amat menarik!

 

 

 

Jo Malone -Lilin 

Jenama yang sungguh digemari ramai- Jo Malone pasti mempunyai ruang di hati-hati para wanita! Produk keluaran jenama ini bukan sahaja diberi perincian yang cantik tetapi juga tidak dapat dinafikan baunya yang pasti membuat anda lebih nyaman! Beli terus dari Selfridges dan jimat sebanyak 45% (berbanding di Malaysia). Pasangan anda pasti akan suka. Confirm!

Peringatan: Kami tidak boleh membuat penghantaran untuk minyak wangi dan barangan yang seakan-akan berikut. 

 

Produk Kecantikan di Feel Unique

Kebanyakan wanita suka produk kecantikan dan penjagaan kulit. Anda boleh dapatkan pelbagai jenama untuk produk-produk berikut dari Feel Unique! Antara platform yang terkenal yang terkenal untuk seleksi produk dari Eropah, bukan sahaja pilihan yang banyak, malahan juga tawaran yang diberikan!

Origins Skincare

Produk Origins dikenali dengan kualiti produk yang bermutu tinggi dan diperbuat bahan-bahan semulajadi. Oleh kerana itu, terbukti bahawa produk-produk dari jenama ini bukan sahaja berkesan malahan juga tiada kesan sampingan. Jika anda ingin berjimat, beli sahaja terus dari laman utama Origins USA!

 

Michael Kors

Beg tangan bukan sahaja antara pilihan yang digemari ramai apabila ingin membeli hadiah, tetapi juga kerana ia amat praktikal! Beli beg baru untuk pasangan anda feeling-feeling di pejabat. Tetapi pada masa yang sama, anda juga tidak perlu berkoyak poket kerana mereka menawarkan sebanyak 30% potongan harga.

 

Dogeared Jewelry

Mempunyai koleksi barang kemas yang bukan sahaj cantik, malahan pada rangkaian harga yang berpatutan. Anda juga boleh memberi sentuhan peribadi pada barang-barnag kemas tersebut!

 

House of Fraser UK

House of Fraser adalah platform yang digemari para wanita kerana ia menawarkan rangkaian dari peragaan dan fesyen kepada kasut dan kecantikan. Jika anda rambang mata untuk membuat pembelian, anda boleh sahaja membeli produk kecantikan Givenchy, Giorgio Armani dan banyak lagi!

 

US Elizabeth W Scented Candles

Jika pasangan anda suka lilin wangi, Kami syorkan anda supaya mempertimbangkan jenama Elizabeth W. dari San Franciso, jenama ini memupuk sifat kesucian, keserdehanaan dan keanggunan. Mereka memberi perincian yang tinggi pada wangian untuk mencipta bau yang unik. Jika pasangan anda juga suka mask yang boleh dibawa tidur, pasti dia sukakan keluaran dari jenama ini yang diperbuat dari sutera.

Peringatan: Kami tidak membenarkan penghantaran minyak wangi, tetapi kami membenarkan penghantaran untuk losyen dan minyak essential!