Hari Kekasih – Hadiah untuk Jejaka Tersayang

Hadiah untuk pasangan anda pasti susah untuk dicari kan? Jangan risau, kami telah pun menyenaraikan hadiah yang pasti membuat si Dia tersenyum! Dengan beberapa detik masa sahaja anda sudah boleh membuat pembelian dari ujung jari anda. Beli terus dari laman-laman antarabangsa dan gunakan alamat gudang BuyandShip semasa di checkout. Berikan kejutan yang manis untuknya tahun ini!


Jack Spade

Anda pasti mengenali jenama Kate Spade bukan? Jack Spade pula adalah untuk si Jejaka dengan imej dan rekaan-rekaan yang menarik sama seperti yang didukung Kate Spade – Beg, Dompet dan juga Kasut yang kemas dan sesuai untuk lelaki dengan perbagai pelbagai personaliti.

Tai Ba Lang Cermin Mata buatan Tangan

Jika anda tertanya-tanya jenama cermin mata yang tersohor dari Jepun, pastinya Tai Ba Lang. Dengan menawarkan kepastian dalam kualiti yang bermutu tinggi, jenama ini janji untuk hanya menjual hasil buatan tangan dan mempunyai perkataan dan corak yang amat menarik!

Brooks Brothers Kemeja dan Suit

Jenama yang membeberi perincian khas untuk rekaan-rekaan Suit, sesuai dengan semua jenis bentuk badan lelaki. Bak kata pepath, Suit yang bagus menunjukkan keperibadian yang juga bagus. Beli terus dari Brook’s Brothers untuk menikmati 50% potongan harga!

Paul Smith UK

British Paul Smith menawarkan sebanyak 50% potongan harga untuk barangan Paul Smith, Jangan lepaskan peluang ini!

Pomade Hair Styling Supplies

Sejak dua atau tiga tahun yang lepas, sudah menjadi lebih ketara bahawa lelaki lebih minat dengan peragaan dan fesyen jika ingin dibandingkan dengan dulu. Jenama-jenama popular seperti “REUZEL” dan “SUAVECITO” boleh dijumpai di kedai gunting rambut tetapi anda boleh berjimat lebih lagi jika beli terus dari laman utamanya!

BRAUN Watch

Barangan klasik dari German – Braun dikenali dengan alat teknologi seperti pencukur elektronik, berus gigi elektronik dan macam-macam lagi! Sekarang anda juga boleh menikmati jam tangan Quartz untuk lelaki. Rekaannya kemas, praktikal dan juga amat menarik. Direka dengan perlaksanaan tinggi 38mm, tali jam tangan kulit, kalis air sedalam 50 meter! Berbaloi sungguh.

DJI Drone Camera

Lelaki yang suka alat-alat eloktronik pasti pernah dengan syarikat DJI ini! Drone yang bermutu tinggi ini adalah serendah USD$779 sahaja, seringan 80g, tempoh kehidupan bateri selama 13 minit dan boleh terbang sejauh 100 meter. Untuk mengawal drone ini, anda hanya perlu sambung dengan WI-FI dari smartphone anda. Hadiah yang terbaik untuk Si Jejaka yang minat dengan fotografi!

Lego Model

Siapa kata Lego terhad untuk kanak-kanak sahaja? Dengan rekaan yang diinspirasikan dari filen Star Wars, Lego juga membuat orand dewasa tersenyum lebar. Pembinaan Lego ini juga boleh menjadi detik-detik bermakna kamu berdua.

Zozotown

Lelaki dan Perempuan pasti minat dengan Platform dari Jepun ini! Jika anda minat stail yang sederhana dan selesa, Zozotown adalah pilihan yang terbaik utuk anda. Beli terus dari Zozotown dan hantar bungkusan anda ke gudang Jepun BuyandShip. Anda juga boleh menikmati jenama terkenal seperti BEAUTY & YOUTH, JOURNAL STANDARD, BEAMS dan banyak lagi!